berita

Jom Throwback 3 Jenis Permainan Kereta Yang Mesti Ramai Suka Main Masa Kecil-Kecil!

January 3rd, 2018 | by Nurul
Sponsored Post

Zaman kanak-kanak boleh dikatakan zaman yang paling happening untuk kebanyakan orang. Admin dulu merasalah panjat pokok lepas tu jatuh, mandi sungai sampai demam, main basikal dengan kawan-kawan pusing satu taman. Lepas tu, balik rumah, mak dah tunggu dengan batang penyapu. Hihi..

Yang paling best masa zaman 90-an dulu. Masa tu, memang famous la permainan macam Beyblade, Yoyo, guli, gasing, Tamagotchi, anak patung kertas dan macam-macam lagilah! Memang legend la semua permainan ni. Sampai ramai yang sanggup simpan duit belanja sebab nak kumpul buat koleksi!

Cakap pasal koleksi, korang dulu ada tak kumpul koleksi permainan yang korang suka? Jom tengok apa yang budak zaman 90-an dulu suka kumpul..

Hot Wheels

Setengah orang anggap hobi kumpul kereta mainan ni hobi kanak-kanak. Haa..jangan terkejut, orang dewasa pun ada kumpul Hot Wheels tau!

Kalau korang nak tahu, Hot Wheels ni mula mencetuskan fenomena baru dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat pada tahun 1968 dan pada tahun 90-an baru popular di Malaysia.

Hot Wheels ni jadi fenomena sebab ia merupakan model miniatur berasaskan kereta sebenar dan ada kategori masing-masing, contohnya kereta Track Star, Collector Series, Treasure Hunt dan banyak lagi. Memang unik sangat.

Admin ingat lagi, dulu setiap kali masuk 7 Eleven, mesti nak beli Hot Wheels. Masa tu harga dia RM4.50 je satu, tapi sekarang boleh jadi sehingga RM200-RM500 tau untuk koleksi yang rare tu. Patutlah ramai yang buat koleksi.

Tamiya Mini 4WD

Haa..selain Hot Wheels, Tamiya ni juga pernah heboh masa zaman 90-an dulu, terutamanya Tamiya Mini 4WD. Dulu, kalau siapa ada Tamiya lengkap sekali dengan jalan litar, kiranya dia paling up la!

Tamiya Mini 4WD ialah model kereta berenjin yang diperbuat dari plastik dan tidak dikawal menggunakan remote control, tapi menggunakan bateri.

Yang buat Mini 4WD ni tiba-tiba jadi kegilaan kanak-kanak dan remaja Malaysia kerana populariti animasi Jepun yang ketika itu disiarkan pada setiap hari Isnin pukul 4 petang, iaitu Dash! Yonkuro.

Haa..lepas dari tu, memang boleh kata semua orang terus terpengaruh dan gila Tamiya, termasuklah admin. Hehe!

Kereta kawalan jauh/remote control car

Budak-budak lelaki dulu wajib ada kereta kawalan jauh atau kereta remote control ni. Tiap kali birthday, mesti mintak nak hadiah kereta control dan ada jugak yang sanggup kumpul duit belanja sekolah tiap-tiap hari sebab nak beli kereta control ni. Gigih betul! Haha..

Yelah, dulu siapa yang ada kereta control, petang-petang harus berkumpul dengan kawan dan tayang kereta masing-masing. Lepas tu, get ready untuk berlumba. Siapa yang menang, kereta dia lah yang paling power dan dianggap paling hebat la antara kawan-kawan tu!

Korang yang pernah main permainan kat atas ni, harus datang ke TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Racing Festival sebab…

Bagi korang yang minat sangat dengan kereta, TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Racing Festival ni memang untuk korang!

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan musim pertama bagi perlumbaan ketiga TGR Racing Festival dan akan diadakan di Medini City, Iskandar Puteri, Johor pada 19 hingga 20 Januari 2018. 

Kat TGR Racing Festival ni jugak, akan diadakan kelas seperti promotional class, sporting class dan supersporting class.  Bolehlah korang belajar banyak pasal kereta dan racing!

Yang lagi best, selebriti terkenal macam Fattah Amin, Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahya, Danny Koo, Geraldine Gan, Shawn Lee dan Venice Min pun akan ada sekali dalam promotional class tu.

Best kan, kalau dapat race sekali dengan idola korang? Hehe..

Bukan saja kelas, kat TGR Racing Festival ni jugak ada banyak aktiviti dan games yang best untuk korang join. Bagi siapa-siapa yang tengah fikir-fikir nak beli kereta tu, korang boleh survey pasal model kereta Toyota yang baru, siap boleh test drive sekali!

Nak tak jumpa dengan artis kesayangan korang dan menangi barangan ekslusif TGR Racing Festival?

Dah lah dapat jumpa idola, dapat hadiah ekslusif TGR Racing Festival lagi! Haa..kalau berminat, korang boleh register di website toyotagazooracingmalaysia.com.my untuk dapatkan pass Superfan bagi sesi meet and greet dengan 8 selebriti tersebut serta barangan ekslusif TGR Racing Festival yang memang gempak!

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal TGR Racing Festival ni, jangan lupa follow laman sosial media diorang kat bawah ni! Oh ya, dorang juga ada Youtube channel sendiri tau. So, korang boleh la check out video-video menarik pasal TGR Racing Festival ni.

Website: TOYOTA GAZOO Racing Malaysia

Facebook : @tgrmy

Instagram : toyotagazooracingmalaysia

YouTube: TOYOTA GAZOO Racing Malaysia

 

 

SKIP THIS AD ×