Sebelum ini, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim telah terpalit dengan satu kontroversi yang mendakwa rumah tangganya sedang ‘bergolak’. Perkara ini mula diperkatakan selepas tindakan Fiza memadam kesemua gambar suaminya, Aizat Al Jefri di Instagram.
Artikel Berkaitan: Lama Diamkan Diri, Saiful Apek Akhirnya Jawab Foto ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim
Artikel Berkaitan: Foto ‘Mesra’ Fiza Halim, Saiful Apek Undang Persoalan
Artikel Berkaitan: ‘Aku Nak Tengok Siapa Nak Kecam..’ – Meluat Dengan Netizen, Fiza Halim Throwback Foto Freehair
Terbaru, segala persoalan mengenai status Fiza akhirnya terjawab selepas penyanyi ini mendedahkan dirinya sudah bercerai.
Fiza sah bercerai
Menerusi laporan BH Online, Fiza Halim mengakui sudah sah bercerai talak satu dengan suami, Aizat Al Jefri pada 22 Julai lalu. Siapa sangka, perkahwinan ketiganya bersama juruterbang berstatus duda anak dua itu bertahan hampir empat tahun sahaja sejak mendirikan rumah tangga pada Disember 2016 yang lalu. Difahamkan, hasil daripada perkahwinan tersebut, Fiza dan Aizat dikurniakan seorang cahaya mata yang hampir berusia tiga tahun.
Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar. Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.
Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp. Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa.
Menurut Fiza dia redha dengan takdir yang sudah tertulis untuknya ini tetapi dia pasti ramai yang memberikan tanggapan buruk kepadanya lebih-lebih selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan.
Bekas suami beri perhatian
Dalam pada itu, Fiza meluahkan rasa syukur kerana bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang sangat baik selain memberi perhatian kepada dua orang anak mereka iaitu Ferra Aryana berusia 13 tahun dan Feeya Adyrra 12 tahun.
Terdahulu, selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan, Fiza dan Ahmed Farriq telah bercerai pada tahun 2010 dan pada Disember 2013, Fiza telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF) iaitu Adam. Tetapi hubungan perkahwinan tersebut tidak berkekalan dan pada April 2014 mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Sumber: BH Online