Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, tular satu pendedahan mengenai kisah percintaan pasangan muda yang pernah terlanjur sehingga si gadis pernah menggugurkan kandungannya sebanyak tiga kali.
Artikel Berkaitan: 2 Kali Hamilkan Anak Dara Orang, Pemuda Minta Masa Fikir Sebelum Bertanggungjawab
Difahamkan, kisah tersebut diceritakan kembali oleh seorang individu yang dipercayai merupakan rakan mangsa (wanita).
‘Tak nak hidup dengan perempuan mandul..’
Sekadar gambar hiasan
Wanita terbabit (mangsa) dikatakan sudah tidak berpeluang untuk hamil lagi dipercayai berpunca akibat pernah menggugurkan kandungan sebanyak tiga kali.
Tetapi disebabkan kepercayaannya kepada sang kekasih, wanita ini tidak menghiraukan apa yang berlaku. Tetapi siapa sangka, lelaki itu mula berubah dan melupakan segala janji yang pernah ditaburkan kepada teman wanitanya itu.
Sejak lelaki tu berfikir tentang masa depan dia sendiri. Dia tak nak hidup dengan perempuan yang dah mandul. Dia juga pernah curang, lima kali dia curang. Curang bukan yang biasa-biasa ya, dia chat lucah dengan perempuan lain. Ajak ‘main’ dengan dia.
Meskipun wanita ini tahu bahawa teman lelakinya curang, tetapi dia hanya menutup sebelah mata dan masih menerima lelaki tersebut kerana sayang. Tidak terhenti di situ, wanita ini juga dikatakan sering dimaki dan dipaksa tinggal bersama rakan-rakan teman lelakinya di kolej.
Setiap kali nak berbaik kalau bergaduh, mesti kena buat benda tak elok. Dia ajak that girl buat benda terkutuk dekat kafe kolej. Semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.
Sampai satu tahap paling ekstream, family that girl tahu apa yang dia buat. That girl kena macam-macam tohmahan dengan keluarga dia sendiri. Lelaki tu? hidup aman tanpa kena apa-apa. Dia suruh that girl untuk bagi nombor semua ahli keluarga, untuk block dekat phone mak dia sebab nak selamatkan diri dia dulu. Tapi that girl, dia tak kisah pun.
‘Kena tinggal dengan alasan masa depan’
Sekadar gambar hiasan
Walaupun dilayan dengan begitu teruk, wanita ini tetap yakin dia akan berkahwin dengan lelaki itu. Malah, dia telah menceritakan kepada keluarganya bahawa mereka sudah rancang untuk bertunang.
Sampai keluarga that girl terima semua benda dan terima lagi lelaki yang dah rosakkan anak perempuan keluarga mereka. Sebab mereka rasa lelaki tu bertanggungjawab. Tapi akhirnya, that girl kena tinggal dengan alasan masa depan.
Menerusi perkongsian yang lain, seorang wanita yang dipercayai merupakan tuan badan dalam isu ini telah tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh rakannya. Dakwa wanita ini, dia berharap orang ramai tidak menyalahkan pihak lelaki semua yang berlaku ini hanyalah salah faham.
Penjelasan tuan badan
Sumber: Facebook