Foto: Tribun News
Tiga orang lelaki dilaporkan lemas selepas tergelincir semasa menjalankan ritual perubatan alternatif di dalam tasik sedalam 10 meter.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 12 Tahun Mati Lemas Akibat Terperangkap, Sempat Laung ‘Abah, Abah’
Artikel Berkaitan: Tiga Beradik Mati Lemas Ketika Berkelah
Pulihkan dari penyakit mental
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, insiden tersebut berlaku pada Khamis kira-kira jam 10 malam di Tasik Kuari, Bogor, Indonesia.
Sebelum kejadian, terdapat tujuh orang individu sedang mandi di pinggir tasik tersebut dengan tujuan yang sama. Namun, salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David tergelincir ke tengah tasik.
Kemudian, dua orang lelaki mencuba untuk menyelamatkan David tetapi mereka juga lemas.
Ketiga-tiga mayat mangsa berusia antara 20 hingga 25 tahun ditemui oleh petugas pada Jumaat dan disahkan meninggal dunia.
Salah seorang ahli keluarga mangsa berkata mangsa mendapatkan rawatan alternatif kerana dengan harapan mahu sembuh dari penyakit mentalnya.
Difahamkan mangsa diubati oleh seorang ustaz dengan cara menenggelamkan mangsa sebanyak tujuh kali di dalam tasik tersebut.
Mangsa mandi dan ‘dicelup ‘ tujuh kali. Tetapi mungkin tasik terlalu dalam.
Susulan itu, Ketua Polis Cigudeg, Kompol Wagiman berkata pihaknya sedang menyiasat kesemua saksi termasuk ustaz tersebut untuk mengenalpasti tentang unsur kecuaian semasa insiden berkenaan berlaku.
Sumber: Tribun News, CNN Indonesia