Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mati lemas apabila kereta yang dipandu bapanya terjunam ke dalam sungai di Jalan Sungai Korok, Jitra, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Niat Nak Selamatkan Mangsa Terjerlus Dalam Tasik Beku, Akhirnya Korbankan Sekali Nyawa Kanak-Kanak 10 Tahun
Artikel Berkaitan: Ditemui Dalam Keadaan Tertiarap Pucat, 3 Kanak-Kanak Dikurung Setahun Oleh Ibu
Laungan ‘Abah, Abah’
Namun, apa yang lebih menyayat hati apabila kanak-kanak berkenaan hanya mampu melaungkan panggilan ‘Abah’ selepas terperangkap di dalam kenderaan jenis Proton Saga yang tenggelam di dalam sungai. Dalam kejadian sekitar jam 2.20 petang itu, kedua ibu bapa mangsa terselamat.
Menurut bapa kepada Muhammad Khairul Muhaimin, 12, ketika mereka melalui jalan lurus tersebut, keretanya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan secara tiba-tiba menyebabkan dia gagal mengawalnya.
Selepas itu kereta bergerak ke kiri kanan berulang kali sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam sungai. Saya dan isteri sempat keluar melalui tingkap sebelum kereta tenggelam sepenuhnya.
Dalam keadaan cemas, membawa naik isteri yang hamil tujuh bulan ke tebing, saya terus teringatkan Muhammad Khairul. Saya berpaling dan kemudian terjun ke sungai, namun kereta tersebut hilang dari pandangan dan tenggelam ke dasar sungai.
Jelas bapa mangsa lagi, selepas dia gagal mencari kereta yang sudah tenggelam, tiada apa mampu dilakukan selain meminta pertolongan orang ramai yang melalui jalan terbabit.
Sumber: Kosmo