berita

3 Minggu Hilang, Tengkorak Budak 10 Tahun Ditemui Dalam Kebun, Mangsa Dirogol & Badan Dikerat – ‘Ada Kesan Air Mani’

April 18th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan hampir 3 minggu akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan oleh penduduk kampung di sebuah kebun dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Jumpa tengkorak dalam kebun

Foto: Kalsel.inews

Memetik laporan media Indonesia, mangsa yang berusia 10 tahun itu dilaporkan hilang sejak 20 Mac yang lalu. Selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa, pihak polis mula melakukan misi pencarian namun tiada sebarang petunjuk yang diperolehi sehinggalah pada suatu hari (13 April), mereka dimaklumkan mengenai penemuan satu tengkorak manusia di sebuah kebun.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati, tengkorak, rambut dan gigi yang ditemukan penduduk kampung merupakan milik kanak-kanak malang itu. Dua hari kemudian, polis menemukan sejumlah lagi tulang dan keratan badan mangsa yang sudah reput.

Pihak polis percaya bahawa mangsa telah dirogol sebelum dibunuh. Hal ini kerana, polis menemukan kesan air mani pada badan mangsa. Susulan daripada penemuan itu, polis mengesahkan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.

Abang sepupu suspek pembunuhan

Foto: Kalsel.inews

Hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki (suspek) berusia 26 tahun yang juga merupakan sepupu mangsa. Menurut sumber, individu terbabit merupakan orang terakhir yang berhubung dengan mangsa. Semasa soal siasat dijalankan, suspek akhirnya mengaku telah membunuh mangsa.

Lebih mengejutkan apabila suspek yang berdendam dengan ibu bapa mangsa mengaku telah memasuki rumah dan mencekiknya sehingga pengsan sebelum merogol mangsa. Tidak lama selepas itu, suspek terdengar suara ibu mangsa yang memanggil serta mencari anak perempuannya itu. Suspek yang berada dalam keadaan panik pada ketika itu terus mencekik mangsa hingga mati.

Dia kemudian membawa mayat mangsa ke sebuah kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.  Tidak cukup dengan itu, dia bertindak kejam dengan mengerat tubuh badan selain memenggal kepala mangsa. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Kompas, Regional Kompas, Tribunnews

SKIP THIS AD ×