Penyanyi Ina Naim memberitahu arwah suaminya, Suhaimi Saad ada bermimpi bertemu dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah dan Sharifah Aini tiga minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ketabahan Ina Naim Buat Netizen Tersentuh – ‘Masya-Allah Terbaik Didikan Arwah Suhaimi Saad’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Gembira Mimpi Bertemu Arwah Suhaimi Saad – ‘Dia Tak Bercakap, Hanya Senyum & Wajahnya Bersih Bercahaya’
Mimpi Siti Sarah, Sharifah Aini
Kongsi Ina, dalam mimpi tersebut, dua penyanyi wanita itu mengajak suaminya datang ke sebuah taman yang sangat cantik.
Tiga minggu sebelum arwah nak pergi (meninggal dunia) Suhaimi ada mimpi arwah Siti Sarah dengan Sharifah Aini.
Dalam mimpi itu, Siti Sarah dan Sharifah Aini panggil Suhaimi datang dekat mereka. Mereka panggil Suhami datang dekat satu taman yang sangat cantik.
Ina berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Selain itu, Ina berkata arwah suaminya juga ada bermimpi menunggang kuda berwarna putih dan dibawa terbang tinggi.
Kemudian dua minggu sebelum nak meninggal dunia, dia mimpi pakai jubah putih, kopiah putih sambil naik kuda putih.
Selepas itu, kuda itu bawa dia terbang tinggi. Itu kata dia pada saya.
Saya masa dengar cerita dia, saya macam nak dengar tak dengar sangat. Itulah mimpi terakhir yang dia cerita dengan saya.
Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.