berita

‘3 Tahun Bercinta, 7 Kali Tangguh Kahwin..’ – Hanya 2 Hari Persiapan Majlis, Pasangan Ini Selamat Bernikah

January 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, selepas pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan tempoh hari nampaknya ramai pasangan mengambil inisiatif untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka.

Tidak ketinggalan juga dengan pasangan merpati dua sejoli ini apabila akhirnya mereka selamat bergelar suami isteri selepas tujuh kali ditangguhkan sebelum ini.

7 kali tangguh kahwin

Menerusi perkongsian pengantin perempuan iaitu Nurin Afiqah, memaklumkan dia bersama pilihan hatinya akhirnya selamat melangsungkan pernikahan. Menurut Nurin, mereka telah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun yang lalu dan sudah hampir tujuh kali menangguhkan majlis perkahwinan.

Tetapi siapa sangka, kali ini majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar walaupun segala persiapan hanya dibuat dalam masa dua hari sahaja. Menurutnya lagi, dalam tempoh yang agak singkat ini mereka berjaya menukar tarikh dan lokasi. Malah, baju kurung yang digayakannya itu juga berjaya disiapkan dalam tempoh kurang daripada 48 jam.

Dalam kesempatan itu, Nurin yang juga merupakan seorang Influencer meluahkan rasa berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan pernikahan ‘last minute’ bersama suaminya.

Tahniah!

Walaupun persiapan ‘last minute’ tetapi majlis tersebut dilihat berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Di ruangan komen, rakan-rakan sempat memberi ucapan tahniah buat pasangan pengantin ini.

Sumber: Nurin Afiqah

SKIP THIS AD ×