Meskipun sudah tiga tahun berlalu, pemergian Allahyarham Abam Bocey masih dirasai oleh sahabat baiknya, pelakon dan pelawak Fad Bocey.
Artikel Berkaitan: ‘Dia DM Suami Kita Gambar Te**k’ – Isteri Fad Bocey ‘Angin’ Dengan Geng Suka Sondol Suami Orang
Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Persoal Tindakan Ali Puteh Padam Video, Tetap Tuntut Bayaran RM60,000
Tak mudah untuk lupa
Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, menjelaskan dia masih terkesan dan merasai kehilangan rakan seperjuangannya itu. Hal itu kerana, banyak pengalaman susah dan senang selama lebih lapan tahun telah ditempuhi bersama.
Menurut pelawak berusia 33 tahun ini, agak sukar untuk menerima hakikat apabila terpaksa beraksi berdua bersama Achey di pentas kerana ahli kumpulannya (Abam) telah pergi buat selamanya.
Tiga tahun, walaupun untuk orang lain agak lama tapi pada saya, masih terasa baru lagi. Saya masih tak percaya dan rasa dia ada lagi.
Orang akan cakap ‘ah kau menangis la’ tapi saya kongsi apa yang saya lalui bersama arwah. Saya kongsi lapan ke sembilan tahun perjalanan kami dari bukan sesiapa.
Ujar Fad, apa yang dikongsi di TikTok itu adalah apa yang dirasakan sejujurnya dan bukanlah berniat untuk menagih simpati.
Masa di MLM (Maharaja Lawak Mega), orang kata saya sengaja nak simpati, menangis atas pentas. Tapi orang tak faham. Sepanjang lapan tahun, setiap tiga bulan hari-hari mengadap dia, bila naik pentas berdua saja, dia tak ada tu yang buat saya terasa. Orang hanya nampak tiga minit kami di atas pentas.
Orang tak nampak dekat luar lapan tahun kami macam mana. Kami sampai tahap susah dalam keluarga pun kami kongsi. Saya tahu masalah abam, Achey, dan begitu juga mereka.