Meskipun telah dituduh oleh pelawak Ali Puteh meletak barang yang didakwa berunsur ‘syirik’ di rumah peninggalan arwah suaminya, Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali tetap tenang mengawal situasi itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Artikel Berkaitan: ‘Bergelak Ketawa La Dengan Sindiran Komen, Ini Barang Jangan Dibuat Main’ – Ali Puteh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengamal Perubatan Islam ‘Sekolahkan’ Ali Puteh, Bukan Sihir Cuma Proses Memagar Rumah
Ada pula orang dekat rumah
Menerusi hantaran di ruangan komen, Hidayah menyifatkan perbuatan Ali itu semata-mata untuk menutup kesilapan dirinya sendiri.
Tabur fitnah kesalahan besar nak tutup kesalahan tak nak nampak kesalahan sendiri. Ada pula orang dekat rumah ya.
Tegas Hidayah, sekiranya benar tuduhan pelawak berumur 33 tahun itu, kenapa video itu dipadam selang beberapa minit dikongsikan di Instagram (IG).
Dalam pada itu, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tetap menggesa pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan untuk melunaskan hutang RM60,000.
Tak apa, bayar RM60,000. Kalau benda betul kenapa perlu padam video balik.
Pada Jumaat lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik.
Cerita Hidayah, dia tersidai di luar kerana tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.
Selepas Hidayah pulang, Ali mendakwa kakak iparnya itu meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung dipercayai untuk upacara ritual tertentu.
Sumber: Instagram