berita

Berdepan Masalah Kotak Suara & Gangguan Pernafasan, Hael Husaini Minta Maaf Kalau Persembahan Di SFMM 37 Tak Menjadi

November 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Hael Husaini akan mendendangkan sendiri lagunya ‘Sama Seperti Dulu’ pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-37 esok, meskipun berdepan masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19, awal bulan ini.

Artikel berkaitan : Hael Husaini Tinggal Komen Di IG Pelakon Lelaki Thailand, Netizen Risau

Artikel berkaitan : Hael Husaini Nafi Dakwaan Buat Pembedahan Plastik – ‘Reaksi Saya Hanya Mampu Tersenyum Saja’

Artikel berkaitan : Dakwa Hael Husaini Pergi Kelab Hiburan ‘Gay’ Di Korea, Pengurus Ambil Tindakan Penyebar Fitnah

Minta pendapat produksi

Menurut Hael, dia sudah meminta pendapat pihak produksi, penasihat vokal dan syarikat rakaman sebelum membuat keputusan tersebut.

Ketika lagu saya diumumkan bersaing pada SFMM37, saya berbelah bahagi akibat masalah kotak suara dan gangguan pernafasan.

Jika persembahan biasa, saya tidak kisah. Ini pertandingan besar. Saya tidak pernah tarik diri kerana mahu lagu ini bertanding biarpun didendangkan penyanyi gantian.

Namun, saya gagal mendapatkan pengganti kerana kesuntukan masa. Selepas berfikir panjang, saya setuju beraksi semampu yang boleh asalkan lagu saya lepas ke SFMM37.

Pelantun suara ‘Jampi’ itu turut memohon doa peminat agar lagu ‘Sama Seperti Dulu’ yang dicipta bersama Iqie Hugh dapat dipersembahkan dengan baik, esok.

Kemampuan nyanyian saya agak menurun ketika ini. Namun, saya berjanji cuba memberi yang terbaik. Saya ingin minta maaf awal-awal jika banyak kekurangan kelak.

Memenuhi tanggungjawab sebagai penyanyi

Tambah Hael, dia terbuka menerima komen daripada peminat selepas melihat dirinya beraksi di pentas SFMM37.

Saya tidak dapat mengawal komen dan pendapat penonton atas persembahan saya. Apa-apa pun, saya terima sahaja dan hormat pendapat semua orang.

Saya hanya ingin memenuhi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu itu bersama Iqie. Doakan saya iya.

SFMM 37 bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam selama dua hari mulai hari ini dan esok pada jam 3 petang.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×