berita

Bahagiakan Dia, Korban & Kembali Terang Antara 12 Buah Lagu Yang Layak Ke AJL37

November 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) kini kian memuncak apabila 12 buah lagu terbaik telah dipilih menerusi pentas separuh akhir Muzik Muzik. Keputusan finalis AJL 37 tersebut diumumkan oleh Muaz dan Izzue Islam sebentar tadi.

Bahang kian terasa

Umum mengetahui, 30 lagu telah layak ke pentas separuh akhir Muzik Muzik 37. Hanya 12 daripada 30 lagu tersebut layak untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut merupakan senarai penuh penyanyi dan lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL37.

  1. Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)
  2. Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi)
  3. Korban (Ernie Zakri)
  4. Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)
  5. Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)
  6. Kembali Terang (Marsha Milan)
  7. Terus Hidup (Aina Abdul)
  8. Nang (Iman Troye)
  9. Payung Pelangi (Noki & MK)
  10. Sengsara (Khai Bahar)
  11. Irama (Shiha Zikir)
  12. Mainan (Naim Daniel)

Kesemua lagu telah diadili oleh Damien, LY, Azlan Abdul Hassan, Jenny Chin, Cikgu Syafi dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri. Kami daripada OhBulan! ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara Lagu 37.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×