berita

30 Tahun Tinggal Di Rumah Kecil Mandi Air Hujan, Ustaz Ebit Bantu Keluarga Di Sabah

June 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kota Kinabalu, Sabah, sebuah keluarga dipercayai menginap di sebuah pondok kecil sejak 30 tahun lalu. Lebih menyedihkan, pondok yang didiami itu tidak mempunyai bekalan air dan sebarang kelengkapan. Menerusi Facebook, Ustaz Ebit berkongsi kisah keluarga tersebut dan membantu mereka membina sebuah rumah kecil di tapak yang sama.

Mandi air hujan

Sebak 30 tahun mandi, masak, guna air hujan dan mata air yang kecil ini. Pondok kecil di Inanam Kota Kinabalu Sabah. Jumpa keluarga berbangsa Dusun Non Muslim. Ini yang gigih berusaha. Ada 3 anak perempuan rajin belajar. Seorang baru masuk kolej. Sayu hati.

Tengok tempat mata air inilah mereka mandi. Ambil air. Kadang air hujan. Tiada tilam dan tiada bilik. Cuma sebuah pondok kecil. Saya tengah fikir untuk bantu beliau nak buat rumah kecil disebelahnya. Dan fikir juga untuk dapat bekalan air. Tengok tempat belajar anak perempuannya tingktan 2. Tersusun buku sekolah. Rasa sayu. Semoga adik semua berjaya yer.

Doakan saya tengah fikir untuk bantu keluarga ini. Syukur bersama penduduk tempatan disini. Terima kaseh NH Travel Sabah khidmat kenderaan dan bawa kami. Kenderaan dan semua kru. Terima kaseh Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Sabah dan Persatuan Cina Sabah dan Tzaa Printing. Terima kaseh penduduk tempatan yang banyak membantu. 30 tahun tinggal di rumah kecil tadah air hujan dan mata air kecil. Orang Dusun non Muslim penduduk tempatan.

Ustaz Ebit meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat keadaan sebuah pondok kecil yang dihuni sebuah keluarga sejak 30 tahun lalu. Tambahnya, pasangan berbangsa Dusun itu mempunyai tiga orang anak perempuan yang sangat rajin belajar. Bercerita mengenai pondok kecil, Ustaz Ebit memberitahu bahawa tiada sebarang kelengkapan rumah di situ. Bahkan, mereka juga mengalami masalah bekalan air.

Kita sebuah keluarga

Syukur pada Allah dapat bantu belanja belikan barang untuk buat rumah. Abang dan isterinya reti buat rumah. Cuma tiada duit. Saya terus bawa abang ini ke kedai belikan semua kayu, batu simen, zink dan semua peralatan buat rumah baru dan tandas disebelah tapak lama. Abang ini accident. Jatuh. Saya cuba dapatkan bantuan beberapa orang membina rumah kecil ditapak yang sama.

Syukur ustaz. Syukur ustaz. Itu sahaja akak ini ucapkan. Saya tanya perlu apa-apa lagi. Bagi duit mulanya tak nak. Saya bagi juga dan belikan peti ais, rice cooker dapur dll. Serta tilam-tilam. Tak beli katil sebab takut roboh rumah.Urusan air saya minta bantuan ngo tempatan untuk urusan permohonan air dan bincang dengan ketua kampung semua. Terima kaseh ketua kampung dan ngo yang membantu. Walau berlainan agama dan bangsa kita sebuah keluarga. Sayang orang Sabah. Baik-baik semuanya.

Demi memudahkan urusan keluarga tersebut, Ustaz Ebit telah menghulurkan bantuan dan membelikan barang keperluan. Di samping itu, kesemua peralatan membina rumah kecil ditapak yang sama turut dilakukan oleh Ustaz Ebit dan pasukannya.

Menangis terkejut

Kakak ni menangis kuat terkejut eh betul ke ustaz ebit lew. Betul ke ni. Macam mana boleh datang rumah saya. Ulang-ulang kali akak ini ulang. Ini semua doa kakak. Doa itu ajaib. Rumah kecil macam kotak kecil jer. Saiz ngam-ngam je jika 5 beranak ini baring. Akak ni orang Bajau Sabah dan suaminya Dusun. Ada dapat tanah ditempat lain. Cuma belum ada rezeki nak buat rumah. Ada 5 orang anak. 3 orang tak sekolah. Dia nak ke sekolah.

Saya niat nak bantu mereka untuk masuk sekolah atau madrasah. Jika berbayar insyaAllah saya akan bayarkan. Ada minta penduduk tempatan dan ngo tempatan untuk urusan itu. Tiada peti ais, tiada tilam, tiada apa-apa rumah akak ini. Saya hadiahkan peti ais, tilam, dapur,rice cooker dan duit belanja. Semoga Allah mudahkan kakak sekeluarga.

Perasaan terkejut wanita itu turut diceritakan oleh Ustaz Ebit. Menurutnya, wanita itu menangis dan terkejut sewaktu Ustaz Ebit tiba di pondok mereka.

Sumber: Ustaz Ebit

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×