Jika sebelum ini kecoh di media sosial mengenai kemelut rumah tangga PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan yang didakwa dia telah menceraikan isterinya, Ain ‘Afini yang sarat mengandung menerusi Whatsapp. Dia kemudian berkahwin dengan seorang janda, Hana Azraa.
Terbaru, satu lagi isu berkaitan PU Abu telah mendapat perhatian netizen melalui satu posting di Instagram miliknya menunjukkan kedua-dua belah tangan PU Abu yang luka dan calar-balar.
‘Alhamdulillah, aku diuji lagi’
Menerusi Instagram, PU Abu memberi bayangan pada kapsyenya seolah-olah dia telah diserang dan dipukul oleh beberapa orang individu. Perkara ini membuatkan netizen tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku pada PU Abu.
Alhamdulillah aku diuji lagi.
Aku bersyukur kerana tidak ada apa2 yg berlaku hanya sekadar calar balar cili bili culu bulu di tangan. 4 – 5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku. Allah adalah sebaik2 pelindung.
Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat dari siapa kita hari ini,kuncinya hanya satu iaitu sabar.
Namun, PU Abu tidak memberi sebarang respon jelas terhadap keadaan fizikalnya yang menjadi persoalan netizen di ruangan komen tersebut.
Komen netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Malah, ada juga diantara mereka mula membuat spekulasi tentang keadaan tersebut dengan beranggapan bahawa dia dipukul atau kemungkinan terlibat dalam pergaduhan.
Sumber: PU Abu Sufyan