berita

‘4 Bulan Tak Diberi Makan’ – Budak Parah Kena Pukul Dengan Gitar, Bahagian Sulit Didera

December 1st, 2020 | by Shira
Kini Trending

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami pasangan kekasih dari Amerika Syarikat ini apabila mereka akhirnya akan dijatuhi hukuman penjara gara-gara mendera kanak-kanak.

Tak bagi makan selama 4 bulan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, kedua-dua suspek yang dikenali dengan nama Priscilla Meachem dan Elijah Waltz melakukan perbuatan tidak berperikemusiaan itu terhadap dua orang kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun.

Menurut sumber, mangsa telah didera secara fizikal dan mental. Rambut mangsa dibotakkan, tubuh badan mereka diikat dengan pita pelekat semata-mata untuk mengelakkan mangsa melarikan diri. Tidak cukup dengan itu, pasangan kekasih ini tergamak membiarkan kanak-kanak lelaki dan perempuan itu kebuluran selama empat bulan iaitu antara bulan Jun hingga Oktober lalu.

Pukul dan dera mangsa

Lebih kejam apabila mereka dengan rasa tidak bersalah telah makan di hadapan kanak-kanak terbabit. Mangsa turut dipukul menggunakan kayu, tali pinggang dan gitar selain didera pada bahagian alat sulit.

Ekoran daripada tindakan itu, kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah dengan sembilan pertuduhan disebabkan serangan kejam, enam tuduhan berkaitan penculikan dan tujuh pertuduhan kerana telah membahayakan kanak-kanak. Jika didapati bersalah, mereka akan dijatuhi hukuman penjara selama 194 tahun. Difahamkan, kedua-dua mangsa juga telah dibawa ke tempat perlindungan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×