berita

4 Daerah Di Selangor Ini Akan Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 9 Oktober 2018

October 2nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Beberapa kawasan di Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air pada 9 Oktober ini berikutan kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya bagi menghadapi masalah gangguan ini.

Kerja-kerja penggantian peralatan

Menerusi laporan The Star, Ketua Jabatan Pengagihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Kelvin Siew berkata, gangguan tersebut berlaku bagi memudahkan kerja-kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (WTP).

Tambahnya lagi,  kerja-kerja penggantian tersebut akan dijalankan pada 9 pagi selama 12 jam, mengakibatkan penutupan loji terbabit secarah keseluruhan.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku antara 35 jam dan 72 jam, dengan jangkaan bekalan air pulih sepenuhnya pada 12 Okt.

Beberapa kawasan terjejas

Menurut Kelvin lagi, antara daerah yang terjejas adalah Petaling (132,000 pemegang akaun), Hulu Langat (64,000), Sepang (86,000) dan Kuala Langat (58,000), dengan paip kering yang menjejaskan 476 kawasan.

Sejumlah 62 tangki air akan dihantar ke kawasan yang terjejas, dan 10 tangki jumbo akan ditempatkan di lokasi terpilih. Kira-kira 20,000 botol air minuman lima liter juga akan diedarkan pada masa ke semasa.

Terdapat 80 tangki statik yang diletakkan di kawasan kritikal seperti sekolah, masjid serta pangsapuri dan rumah pangsa.

Tujuh pusat perkhidmatan tempatan kami akan beroperasi 24 jam bermula 9 Oktober untuk membantu pertanyaan dan bekalan air bantuan.

Kelvin turut berkata senarai lengkap kawasan yang terjejas akan disediakan di laman sesawang rasmi SYABAS.

Sumber: The Star

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×