berita

4 Ditahan Individu Termasuk Pelakon, Polis Masih Buru Lelaki ‘Dalang’ Iklan Judi Raya

April 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebuah iklan dipercayai mempromosikan iklan ‘judi’ telah tular di media sosial dan mencetuskan amarah ramai pihak kerana dianggap tidak menghormati bulan Ramadan.

Artikel berkaitan: Semua Pelakon Iklan ‘Judi’ Telah Ditangkap Polis

Artikel berkaitan: Pelakon Iklan Raya Judi Terima Upah RM180, Mahkamah Tolak Hukuman Reman

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, kesemua empat individu termasuk pelakon dipercayai terlibat dalam penggambaran iklan bagi mempromosikan aktiviti perjudian secara dalam talian itu telah ditahan pihak polis.

Semua ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua yang terlibat itu ditahan selepas memberi keterangan kepada pihak berkuasa pada hari Sabtu lalu. Malah, mereka yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 4 (1G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati kesemua mereka dibayar upah sebanyak RM200 untuk projek video berkenaan. Namun bagaimanapun, sehingga kini pihak polis masih mengesan seorang dalang disebalik pembikinan dua buah video ‘judi’ berkenaan bernama Loh Kee Hoe yang belum dijumpai.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×