berita

Semua Pelakon Iklan ‘Judi’ Telah Ditangkap Polis

April 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Susulan daripada video iklan yang tular didakwa mempromosikan ‘judi’ dengan menggunakan konsep Hari Raya Aidilfitri itu bagaimanapun telah mencetuskan amarah beberapa pihak. Terbaru, kesemua pelakon yang terlibat dalam iklan ‘judi’ tersebut telahpun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Artikel berkaitan: Cemar Kemuliaan Bulan Ramadan, Ustazah Asma Harun Tegur Iklan Raya Promosi ‘Judi’ Tidak Sensitif

Artikel Berkaitan: ‘Eloklah, Pelakon Semua Orang Melayu’ – Iklan Hari Raya Ajak Berjudi Cetus Amarah

Artikel berkaitan: Viral Iklan Raya Promosi ‘Judi’, MCMC Ambil Tindakan

Sudah ditangkap

Memetik laporan Malaysia Gazette, kesemua pelakon yang terlibat dalam pembikinan iklan tersebut telah diberkas pihak polis di sekitar ibu kota semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Komisioner Mohamad Zainal Abdullah melaporkan kesemua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lebih lanjut berhubung mempromosikan aktiviti perjudian secara terang-terangan di platform YouTube.

Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis. Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon video judi online. Kita akan reman mereka.

Jelas langgar undang-undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihak polis telah memulakan siasatan berhubung video berdurasi 2 minit itu. Malah, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955.

Isi kandungan video ini mendapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam. Penerbit dan pelakon akan dikesan dan dipanggil untuk dirakam keterangan untuk disiasat lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×