berita

‘4 Mukim Dikenakan PKPD, Premis Perniagaan Wajib Guna Aplikasi MySejahtera’ – Ismail Sabri

August 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mewajibkan semua premis perniagaan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak.

Memudahkan proses pengesanan

Ini bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada premis di luar bandar yang tidak mempunyai liputan Internet stabil.

Menurut beliau, Pejabat Peguam Negara akan mewartakan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi itu dalam masa terdekat.

7 ribu penduduk disaring

Di Kedah, empat mukim telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dengan semua masjid dan rumah ibadat ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat. Selain itu, kira-kira 7,000 penduduk kawasan berkenaan akan disaring selepas penularan kluster Sivagangga. Tambah beliau, solat jemaah hanya boleh dihadiri tiga individu sahaja.

Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada kluster Sivagangga di Kedah membabitkan empat mukim, kerajaan negeri memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran dalam radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh di mukim Hosba, Kubang Pasu.

Selain itu, ia juga membabitkan Kampung Pida Satu, Megat Dewa di mukim Ah; Kampung Bendang Dalam (mukim Binjal) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap),” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19. Pelaksanaannya akan mengguna pakai SOP (prosedur operasi standard) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama sekitar.

Petugas KKM akan membuat ujian saringan ‘swab test’ ke atas kira-kira 7,000 penduduk di kawasan yang terbabit. Kebebasan bergerak kita mungkin boleh disekat apabila kes meningkat dengan mendadak dan perkara sama boleh berlaku di tempat lain.

Ismail Sabri berharap apa yang berlaku di Kedah tidak akan berlaku di kawasan lain, terutama jika semua pihak bertanggungjawab dalam pematuhan SOP dikeluarkan KKM.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×