Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk je semua pasti terliur. Mana taknya, ayam goreng ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat, dimakan pula dengan sepinggan nasi putih panas, uuumph padu betul. Nyummmmm!
Tapi, tau tak sebenarnya ada banyak lagi hidangan buttermilk yang cukup sedap dan unik! Kuah buttermilk ini merupakan satu kuah yang serbaguna dan boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan ala gourmet di rumah.
Jom belajar masak 4 hidangan buttermilk
Dapatkan kesemua resepi penuh di bawah:
1. Sotong Buttermilk Telur Masin
Bahan-bahan (sotong goreng):
1 biji telur
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
200 gram sotong putih
50 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
Bahan-bahan (sos buttermilk telur masin):
75 gram mentega (unsalted)
3 ulas bawang putih (dicincang)
10-12 helai daun kari
3 biji cili padi (dicincang)
4 biji kuning telur masin (distim)
1 tin Krimer Sejat CARNATION
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Untuk buat sotong goreng, dalam satu mangkuk, pecahkan telur dan pukul bersama 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.
2. Dalam mangkuk asing, masukkan tepung gandum, tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan sotong yang telah dicelup telur tadi ke dalam campuran tepung. Gaul sehingga kesemua sotong disalut dengan tepung.
4. Goreng sotong atas api tinggi sehingga masak dan keperangan. Toskan dan ketepikan.
5. Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
6. Masukkan kuning telur masin yang telah distim dan dihancurkan. Gaul sehingga sos berbuih. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.
7. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.
8. Masukkan sotong goreng dan gaul sehingga rata.
Sotong Buttermilk Telur Masin sudah siap, enjoy!!!
2. Burger Ayam Buttermilk
Bahan-bahan (burger ayam):
1 dada ayam
30 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 biji telur
Garam secukupnya
Bahan-bahan (sos buttermilk):
50 gram mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1/2 sudu kecil tepung gandum
Garam secukupnya
Bahan-bahan (lain-lain):
1 roti burger
Daun salad
Tomato
Mentega (untuk disapu atas roti)
Cara-cara:
1. Pertama sekali, campurkan gandum bersama 1/2 sudu kecil serbuk cili, 1/2 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya.
2. Dalam mangkuk asing, pukul telur bersama 1/2 sudu serbuk cili, 1/2 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya.
3. Menggunakan teknik ‘dry, wet, dry’, salut ayam dengan campuran tepung, celup ayam dalam telur dan gaulkan balik ke dalam campuran tepung. Kemudian goreng atas api sederhana sehingga ayam masak dan garing. Toskan dan ketepikan.
4. Sapu mentega ke atas roti burger yang telah dibelah dua, kemudian goreng atas kuali sehingga garing. Ketepikan.
5. Untuk sos buttermilk pula, cairkan mentega dalam kuali yang panas. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
6. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.
7. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga kuah menjadi likat. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.
8. Untuk buat burger, lapiskan daun salad dan tomato ke atas roti burger, kemudian masukkan ayam goreng yang telah digoreng tadi dan tuangkan sos ke atasnya. Tutup menggunakan roti burger.
Tadaaa! Burger Ayam Buttermilk is done~ enjoyyy!
3. Cendawan Goreng Bersos Buttermilk
Bahan-bahan (cendawan goreng):
200 gram cendawan tiram
100 gram tepung gandum
150 ml air
6-8 helai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang)
Serbuk lada putih secukupnya
Garam secukupnya
Bahan-bahan (sos butttermilk):
50 gram mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1/2 sudu kecil tepung gandum
Garam secukupnya
Cara-cara:
1. Untuk buat cendawan goreng, pertama sekali keringkan (pat dry) cendawan tiram menggunakan kitchen towel.
2. Untuk adunan pula, dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, air, bawang putih, serbuk lada putih, daun kari dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk asing, masukkan tepung, serbuk lada putih dan garam. Gaul sehingga sebati.
4. Menggukan teknik ‘dry, wet, dry‘, gaulkan cendawan dalam campuran tepung kering. Kemudian, celup cendawan dalam adunan. Akhir sekali, gaul cendawan dalam campuran tepung kering semua. Goreng sehingga ranggup. Toskan dan ketepikan.
5. Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
6. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.
7. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga kuah menjadi likat. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.
Cendawan Goreng Bersos Buttermilk sudahpun siap untuk dinikmati!
4. Resepi Popiah Ayam Buttermilk
Bahan-bahan:
400 gram ayam cincang
50 gram + 1 sudu besar mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1 sudu kecil tepung jagung
10-12 helai kulit popiah
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukupnya
Cara-cara:
1. Untuk buat inti, gorengkan ayam cincang bersama mentega. Toskan dan ketepikan.
2. Untuk buat sos, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga kuah menjadi kering dan likat.
6. Untuk buat popiah, letakkan inti ke atas kulit popiah. Kemudian, gulung ketat ketat dan lekatkan bahagian hujung kulit popiah menggunakan air.
7. Goreng sehingga garing atas api panas.
Popiah Ayam Buttermilk ready untuk dinikmati semasa mengopi!
Banyak hidangan lazat yang boleh dihasilkan dengan sos buttermilk!
Easy peasy, lemon squeezy! Semuanya sedap dan pasti dapat meningkatkan selera yang tersayang. Untuk resipi-resipi kali ini, kami menggunakan Krimer Sejat CARNATION yang akan memberikan hidangan buttermilk aroma yang begitu harum dan kuah yang cukup likat dan creamy lemak berkrim sekali!
Krimer Sejat CARNATION memanglah ramuan yang sempurna dalam menambah keenakan masakan dengan aroma yang berbeza dan kelemakan yang sewajarnya semasa penyediaan masakan gourmet yang menyelerakan di rumah.
Kalau korang suka memasak dan ingin menangi peralatan dapur yang menarik, jom join Peraduan CARNATION® Gourmet At Home yang berlangsung dari sekarang hingga 28 Februari 2021!