berita

4 Resepi Raya Bersama PLANTA, Mudah & ‘Colourful’ Untuk Meriahkan Lagi Hari Raya Tahun Ini

April 4th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Bila sebut je hari raya, benda pertama yang kita fikir mesti kuih atau kek apa yang kita nak hidangkan kepada tetamu. Betul tak?

Image from GIPHY

 GIPHY

Sekarang ni, kita boleh je buat biskut raya atau kek sendiri di rumah. Selain dapat menjimatkan kos, kita juga boleh mengeratkan lagi hubungan dengan family tersayang!

Nak lagi best? Gunakanlah PLANTA. Confirm satu rumah bau wangi. Rasa jangan cakaplah, guna PLANTA, mestilah sedap.

Jom kita tengok video 4 Resepi Hari Raya menggunakan PLANTA!

Biskut Aiskrim

Image from Seismik Makan

Kredit foto Seismik Makan

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 250g Planta
  • 1 Cawan Gula Aising
  • 1 Biji Kuning Telur

Bahan B:

  • 2 Sudu Susu Tepung
  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 3 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 2 Sudu Besar Tepung Kastad

Bahan C:

  • 1 Biji Telur
  • 2 Sudu Besar Planta
  • 500g Coklat Masakan

Cara-cara:

  1. Sebatikan Planta, gula aising dan kuning telur di dalam mangkuk. Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.
  2. Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh. Canaikan doh mengikut ketebalan yang sesuai (0.5cm). Terap menggunakan acuan berbentuk ais krim.
  3. Susunkan di dalam dulang pembakar dan sapukan dengan telur. Bakar selama 15 minit pada suhu 170?.
  4. Sejukkan biskut selama 30 minit.
  5. Cairkan coklat masakan bersama planta di dalam microwave selama 40 saat. Celupkan bahagian atas biskut ke dalam coklat tadi dan taburkan dengan taburan coklat.

Kek Pelangi

Image from Seismik Makan

Kredit foto Seismik Makan

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 370g Planta
  • 380g Gula Kastor

Bahan B:

  • 8 Biji Telur
  • 2 Sudu Kecil Esen Vanila

Bahan C:

  • 500g Tepung Gandum
  • 2 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • Pewarna Makanan (Merah, Hijau & Kuning)

Cara-cara:

  1. Putarkan Planta dan gula kastor sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.
  2. Tambahkan serbuk penaik dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Pastikan adunan sebati dan tiada ketulan tepung.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap satu dengan pewarna merah, hijau dan kuning.
  4. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Letakkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang. Ambil lidi dan buatkan corak.
  5. Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 170? selama 45 minit. Sejukkan kek sebelum dihidang.

Kek Lapis Sarawak

Image from Seismik Makan

Kredit foto Seismik Makan

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 230g Planta
  • 190g Gula Kastor

Bahan B:

  • 5 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 260g Susu Pekat

Bahan C:

  • 310g Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • Pewarna Makanan (Merah, Kuning, Coklat, Hijau, Biru & Ungu)

Cara-cara:

  1. Putarkan Planta dan gula kastor sehingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga adunan sebati.
  2. Tambahkan esen vanila dan susu pekat dan putar sekali lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun.
  3. Tambahkan serbuk penaik dan putar sekali lagi sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu dengan pewarna makanan merah, kuning, coklat, hijau, biru dan ungu.
  4. Panaskan pengukus.
  5. Letakkan adunan warna pertama ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit, diikuti dengan adunan warna yang lain. Kukus 5 minit setiap lapisan. Ulang sehingga adunan habis.
  6. Kukus keseluruhan kek selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Biskut Roll

Image from Seismik Makan

Krddit foto Seismik Makan

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 192g Planta
  • 220g Gula Perang

Bahan B:

  • 1 Biji Telur
  • ½ Sudu Kecil Esen Vanila

Bahan C:

  • 384g Tepung Gandum
  • ½ Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • ½ Sudu Kecil Krim Tartar
  • ½ Sudu Kecil Garam Halus
  • 1 Sudu Besar Serbuk Koko

Cara-cara:

  1. Sebatikan Planta dan gula perang di dalam mangkuk. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.
  2. Tambahan serbuk penaik, krim tartar, garam halus dan tepung gandum dan gaul sebati. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Tambahkan serbuk koko pada satu bahagian dan sebatikan.
  3. Canai kedua-dua doh mengikut ketebalan yang sesuai (0.5cm). Letakkan doh vanilla di atas doh coklat. Gulungkan doh dan pastikan tiada lubang di tengah.
  4. Sejukkan doh selama 30 minit atau sehingga doh sedikit keras. Potong menggunakan pisau sebesar 0.5cm. Susunkan di atas dulang pembakar.
  5. Bakar selama 15 minit pada suhu 170?. Sejukkan biskut sebelum dihidangkan.

PLANTA bukan sahaja boleh digunakan untuk biskut dan kek sahaja tau. Banyak lagi resepi lain yang boleh kita buat dengan menggunakan PLANTA!

Dengar cerita bermula daripada 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022 PLANTA akan menganjurkan pertandingan.

Hanya beli dan menang! Mudah bukan? Hadiah utama berupa Thermomix TM6 Bernilai RM 6988. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Image from Planta

Kredit foto Planta

Image from Planta

Kredit foto Planta

Butiran pertandingan ada di bawah:

Image from Planta

Kredit foto Planta

Dapatkan info tambahan mengenai Planta di sini.

SKIP THIS AD ×