berita

4 Samseng Serang Pemandu Kereta Berjaya Ditahan, Semua Positif Dadah

April 19th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pemandu lelaki telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kereta Honda berwarna putih. Video tersebut bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen di sebalik kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan: Apa Benda Yang Marah Sangat Tu Bang….

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, empat lelaki berkenaan telah ditahan selepas disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang. Kejadian tersebut berlaku di Taman Sentosa, Klang.

Positif dadah

Foto: Tangkap layar video

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, kejadian tersebut berlaku ketika seorang pemandu lelaki bersama sepupunya dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki. Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu. Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa.

Susulan daripada itu, kesemua suspek yang berumur 23 hingga 35 tahun telah berjaya ditangkap bermula jam 7 malam hingga 11 malam semalam di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

Kenyataan media

Sumber: Polis Klang Selatan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×