Bila nak tiba hari raya je mesti kita guna banyak duit. Iya lah, nak kena beli semua barang yang baru, dari langsir baru, perabot baru dan yang paling penting baju raya baru. Baru lah bergaya sakan masa hari raya nanti beb!
1) Alamak kereta rosak pula
Bila sehari dua sebelum nak balik kampung tu lah kereta boleh buat hal.. Air cond rosak la, tingkap tak boleh buka la, kena tukar bateri la.. Eh macam-macam lagi la!
Hilang mood beb nak balik raya macam ni.. Nak taknak kena betulkan juga la kan.. Taknak la abam raya kat Kuala Lumpur ni. huhuuu
2) Mak bagi ‘hint’ nak langsir baru
Tengah best shopping raya kat kedai perabot tiba-tiba mak dari kampung call.. “Nak, mak rasa-rasa nak tukar langsir baru la. Tak ‘grand’ la pakai langsir raya tahun lepas.. Bestnya kalau ada anak mak yang sponsor langsir baru tahun ni..”
Amboii, gitu lah mak tak ‘grand’ pakai langsir raya tahun lepas.. Sayang mak punya pasal, si anak turut kan aja la.. Nasib baik la ada Maybank2u, terus transfer duit kat mak guna online je.
3) Girlfriend ajak beli baju raya sedondon
Couple baru 5-6 bulan.. Tengah best kumpul duit simpanan ni tiba-tiba masa makan malam dengan awek, dia tanya “Yang, raya tahun ni kita pakai baju raya warna sama ya! Baru nampak macam pasangan kekasih.”
Warna sama abam tak kisah, tapi dia ajak pulak pergi beli sama-sama. Confirm la abam yang kena sponsor baju warna sama tuk dia! Takkan abam nak bayar abam punya je kot? Perghh.. pressure.. Ikut kan hati abam, nak je recycle balik baju melayu tahun lepas… *Menangis pasrah.. siapa tak sayang girlfriend oii!
4) Kali pertama abam bagi duit raya!
Orang kata kalau tahun pertaman gaji ni, dah kena mula bagi duit raya kat anak-anak buah.. Ambik berkat la katakan.. Walaupun gaji abam ni tak lah banyak mana pun. Hurm
Bagi seringgit dua jadi lah kan? janji bagi. Anak buah ada la dalam berpuluh. Takpe la raya pun setahun sekali.. Nasib baik la sekarang ni duit raya pun boleh transfer guna Maybank2u. Tak payah nak jumpa anak buah sorang-sorang sebab abam pun tak cuti lama.. Huhu
Tahun ni abam nak try, Duit Raya via M2U Cardless Withdrawal. Sambil hantar duit raya boleh la abam masuk peraduan ucapan raya kreatif. Mana tahu boleh menang hadiah tunai.. Boleh la abam cover balik semua perbelanjaan raya tahun ni.. Tempoh peraduan bermula dari 22 Jun-31 Julai 2015.