berita

4 Tempat Extraordinary Untuk Bawa Anak-Anak Sepanjang Musim Cuti Sekolah

September 22nd, 2015 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

4 Tempat Ideal Untuk Bawa Anak-Anak Sepanjang Musim Cuti Sekolah

Kidzania? Petrosains? Aquaria? Sunway Lagoon? Semua tu dah klise dah, rasanya kalau dibawa kesana kanak-kanak pun mesti dah bosan, cepat-cepat kata “mama nak balik” kat korang nanti. Rasa tak seronok lah kan?

Kalau kita perhatikan, kanak-kanak zaman sekarang aktif-aktif belaka dan mereka mahukan keseronokan yang boleh menghiburkan mereka.  Apa yang mereka mahu kan ialah bermain sepanjang masa.

Oleh itu, kami ingin kongsikan tempat-tempat lain yang ideal untuk korang semua bawa anak-anak bagi menghiburkan mereka. Yelah, sekarang kan tengah musim cuti sekolah memang ngam  lah untuk kami kongsikan hari ni kan?

1. Breakout Real Escape

Screen Shot 2015-09-22 at 12.14.24

Terletak di Avenue K dan NU Sentral, permainan ini bukan sahaja untuk anak-anak tetapi ibu bapa juga boleh turut serta. Jadi, korang tak ada lah mereput tunggu anak-anak main, boleh gelak sakan sama-sama dan korang pun turut terhibur.

Alamat :

NU Sentral

L4 – 09A , Level 4, Nu Sentral, 201, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur

Avenue K

L2-16 (Level 2), AVENUE K Address: 156, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

2. Camp5, One Utama

Screen Shot 2015-09-22 at 12.14.50

Anak hyper active? Suka memanjat? Haa bolehlah hantar Camp 5 sini, jadi tak bosan lah anak-anak dan spoil mood bila ibu bapa nak bershopping nanti.

Alamat :

5th Floor, 1 Utama Shopping Centre (Old W, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

3. Dinoscovery

Screen Shot 2015-09-22 at 12.15.00

Juga ada di Avenue K, Dinoscovery  ini membolehkan anda seolah-olah berada di Jurassic World gitew! 

Alamat :

Level 4, Discoveria @ Avenue K Shopping Mall

156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

4. Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC)

Screen Shot 2015-09-22 at 12.15.15

Haaaa, DARC ini lain daripada yang lain, kalau yang suka bagi anak tengok cerita Hercules ke, atau apa-apa yang berkaitan dengan Greek Warrior tu boleh lah ke sini untuk ajar anak memanah dan menunggang kuda. Haha!  Dekat Shah Alam je pun, siap ada buat kelas lagi tau!

Alamat :

No.1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16 Denai Alam Shah Alam, Malaysia, 40160 Shah Alam, Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×