Setelah 40 hari kehilangan insan tersayang, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya iaitu Allahyarham Bazir Ahmad yang meninggal dunia pada 27 November lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Selesai Membuat Anda Bangga!’ – Sharnaaz Ahmad
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Artikel Berkaitan: ‘Jika Anda Masih Ada Ibu Bapa, Jaga & Buat Yang Terbaik’ – Sharnaaz Ahmad
Bapa selalu telefon tanya
Menerusi sebuah posting di Instagram, Sharnaaz sempat berkongsi pengalaman dan kenangan bersama arwah bapanya. Menurut Sharnaaz, kehilangan orang yang paling disayangi adalah satu ujian besar yang sukar dilalui.
Hari-hari saya masih penuh dengan kerinduan pada Papa. Walaupun di luar saya kelihatan okey, dalam hati ini tetap kosong tanpa kehadirannya.
Tambah Sharnaaz, dia turut merindui panggilan telefon dari bapanya, lebih-lebih lagi apabila ia adalah perkara biasa yang selalu dilakukan. Bagi Sharnaaz, panggilan dari arwah bapa sentiasa menjadi rutin yang mengisi hari-harinya.
Papa selalu tanya, shooting macam mana? Dah nak habis ke? Saya jawab, ‘Ya, shooting ni dah nak habis ni, Pa. Dan ya, filem ni memang best. Tapi apa yang selalu Papa katakan selepas itu, Cek jaga diri elok-elok naa, dan pergi buat kerja, Papa saja-saja call cek.’
Ujar Sharnaaz lagi, kenangan seperti itu tidak mungkin dapat dilupakan.
Terpaksa teruskan kehidupan
Berbicara lebih lanjut, pelakon filem ‘Juvana’ mengakui bahawa kehilangan seorang bapa adalah kehilangan yang tidak dapat diukur dengan kata-kata.
Sharnaaz sedar bahawa tidak mudah untuk menerima kenyataan bahawa bapanya sudah tiada. Namun, dia berusaha keras untuk meneruskan kehidupan dan memenuhi harapan yang ditinggalkan oleh bapanya.
Saya bekerja tanpa henti setiap hari. Saya tahu Papa tak mahu saya berhenti, jadi saya teruskan apa yang saya buat.
Ayah kepada Jebat Jayden juga berkongsi bahawa setiap hari yang berlalu, rasa kehilangan itu semakin dalam terasa.
Walaupun saya cuba untuk fokus pada kerja, kadang-kadang saat-saat itu datang juga. Terutamanya bila saya ingat perbualan kami, dan saat-saat di mana Papa selalu tanya tentang kerja saya.
Namun, Sharnaaz, 40, memaklumkan bahawa dia beruntung kerana sempat menikmati setiap detik indah bersama bapanya sebelum pemergiannya.
Saya rasa beruntung dapat menjadi anak Papa. Walaupun saya banyak buat salah, Papa tetap sayang saya. Saya minta maaf kalau ada waktu saya tak buat Papa bangga. Tapi saya cuba sebaik mungkin.
Di akhir posting, Sharnaaz berharap dapat bermain wau (layang-layang) di depan rumah bersama arwah bapanya seperti dahulu.
Pa kalau boleh putarkan semula masa, boleh tak kita main sekali lagi wau (layang layang) depan rumah macam dulu-dulu? Sekali pun jadi lah Pa.
Sumber: Sharnaaz Ahmad