Sekarang ni kalau nak cari duit lebih kena buka perniagaan sendiri. Tapi itu lah, kadang-kadang jadi, kadang-kadang gagal. Tapi itu lah lumrah hidup sebagai seorang ahli perniagaan.
Kali ni kami nak kongsi kisah seorang lelaki yang dahulunya sebagai pemandu lori dan akhirnya berhenti untuk buka perniagaan pau. Tapi yang menariknya, pau yang dijual akan ‘licin’ dalam masa 4 jam. Woow! Apa rahsia peniaga ni?
Dulu kerja pemandu lori, sekarang tauke pau..
Pau Wak J atau nama sebenar Fan Chayono Hariyanto semakin mendapat perhatian orang ramai terutamanya penduduk kawasan Pontian, Johor. Iya lah, siapa sangka pau yang besar dan padat dengan inti hanya berharga 80 sen sahaja.
Wak j, dahulunya seorang pemandu lori dan akhirnya ambil keputusan berhenti dan memulakan perniagaan sendiri.
Kadang-kadang 400 biji pau habis terjual dalam tempoh kurang empat jam. Gerai pau di tepi Jalan Parit Mesjid, Pontian, Johor akan dikunjungi orang seawal jam 3 petang sebelum ditutup pada jam 7 malam.
Tidak sangka gerai pau yang dibuka lima bulan lalu menjadi perhatian orang ramai yang mahu mendapatkan pau pada harga yang murah.
Tiada rahsia jualan laris, cuma…
Anda pasti tertanya-tanya apa yang digunakan oleh Wak J sampai pau yang dijualnya cepat habis kan? Jawapannya ialah jangan kedekut meletakkan inti dan bahan-bahan yang digunakan.
Walaupun murah, tetapi rasa pau tetap sedap. Saya ingat pesanan rakan yang sudah berjaya dalam perniagaan iaitu barang dijual pada harga rendah dalam kuantiti banyak juga boleh untung.
Bertitik tolak dari situ, saya ambil keputusan untuk jual pau dengan harga 80 sen sahaja.
Ingin kekal harga murah
Selain itu, Wak J juga memberitahu lebih kurang 20 kilogram tepung gandum digunkan untuk menghasilkan 400 biji pau.
Isteri saya, Hamisah Abd Samad, 31, akan masak inti kelapa, kentang, kaya dan kacang merah seawal jam 8 pagi setiap hari. Pau juga diadun pada awal pagi
Bagi mengekalkan rasa kesegaran pau, pengukus kayu digunakan.
Mengenai harga barang yang semakin naik, Wak J sedaya upaya ingin kekalkan harga pau yang berharga 80 sen.
Ada juga yang bertanya kenapa nama pau Wak J, saya hanya tersenyum dan memberitahu Wak J itu bermaksud Johor dan bukannya Jamal atau Jalil.
Sumber: Sinar Harian