berita

45 Tahun Berkhidmat Di Gereja, Paderi Terkenal Australia Peluk Islam

January 3rd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bekas paderi terkenal Australia yang bernama Gould David memilih untuk memeluk Islam selepas hampir 45 tahun berkhidmat di sebuah gereja.

Artikel Berkaitan: Dapat Hidayah Usia 13 Tahun, Penerjun Muda Negara Pilih Islam Sebagai Cara Hidup

Berita pengislaman tarik perhatian

Memetik laporan portal Muslim Telegraph, David atau nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould membuatkan ramai orang tidak sabar untuk mendengar motivasi dan inspirasi yang membuatkan dirinya tertarik untuk memeluk Islam.

Difahamkan, sehingga ke hari ini, masih belum dikenal pasti tarikh sebenar Abdur Rahman memeluk agama suci Islam.

Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam).

Dalam pada itu, Abdur Rahman memaklumkan bahawa dirinya begitu tenang ketika mengkaji dan mendalami ilmu mengenai Islam.

Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam.

Sekadar info, Abdur Rahman begitu terkenal di Australia sebelum ini selepas pernah mendapat penghormatan sebagai seorang paderi dalam komuniti Kristian di negara berkenaan.

Sumber: Muslim Telegraph

SKIP THIS AD ×