Satu kumpulan kartel disyaki merupakan dalang di sebalik penemuan 47 mayat manusia di bawah tanah di sebuah kelab malam di Mexico pada minggu lalu.
Jumpa 47 mayat dalam guni
Memetik laporan Daily Star, kesemua mayat tersebut ditemui selepas pihak polis melakukan serbuan di kelab malam tersebut. Ketika serbuan dilakukan, polis berjaya menahan sembilan individu yang dipercayai merupakan ahli kumpulan kartel kejam di Mexico selain turut merampas beberapa senjata api dan jaket kalis peluru.
Pasukan penyiasat terpaksa menggunakan penggali industri untuk memecahkan lantai kelab malam tersebut yang sebelum ini merupakan sebuah gudang. Jumlah keseluruhan mayat yang dibungkus dalam guni itu dianggarkan sekitar 47 mayat namun identiti mereka masih belum diketahui. Tetapi berdasarkan laporan awal, mereka menemui lebih 10 mayat lelaki dan 10 mayat wanita.
Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Daily Star