berita

49 Pekerja Proton Positif Covid-19

October 20th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada 14 Oktober lalu, Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan seorang warga kerja mereka disahkan positif Covid-19. Pekerja yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Shah Alam, sudah dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

Terbaru, Proton sekali lagi mengesahkan seramai 49 kakitangannya positif Covid-19 selepas menjalani ‘swab test’ wajib ke atas semua pekerja proton.

49 positif

Proton Holdings Berhad (Proton) mengesahkan seramai 49 kakitangannya positif Covid-19. Menurut Proton, kesemua mereka daripada bahagian kejuruteraan dan kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarah untuk bekerja dari rumah.

Menurut Proton, syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak itu. Proton juga yakin risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah kerana tidak melibatkan pihak pelanggan.

Situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan dan langkah seterusnya diambil bagi keselamatan dan keutamaan pekerja, pelanggan dan rakyat Malaysia. Tambahnya, aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas Covid-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

Sumber : Malaysia Gazette

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×