berita

5 Amalan Untuk Korang Yang Mempunyai Masalah Kulit Wajah. Senang Je!

September 25th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Mempunyai masalah kulit yang teruk boleh effect keyakinan diri. Korang yang pernah dan sedang alami je yang faham situasi ni. Rasa malu nak keluar rumah dan rasa dah takde harapan untuk korang dapat kulit wajah yang flawless.

Janganlah macam ni. Masih ada jalan untuk korang dapatkan kulit wajah yang sihat. Meh Sis Katy share solusi permasalahan korang.

1. Produk & langkah penjagaan muka yang betul.

Pencuci muka yang lembut dan tak harsh dekat kulit adalah the best skincare ever! Bahan yang mild and gentle ni memberikan kelembapan yang diperlukan kulit wajah tanpa kesan iritasi.  So, pastikan korang cuci muka 2 kali sehari dengan air suam ye. Jangan air panas atau air sejuk!

2. Kurangkan pengambilan caffeine. 

Kopi sebenarnya boleh buatkan kandungan air dalam badan korang berkurang lebih cepat. Seeloknya, korang kurangkan pengambilan minuman dan makanan yang mengandungi kafein. Make sure korang minum segelas air putih selepas minum kopi untuk kekal hidrat.

3. Wajib pakai sunscreen girls!

Penat sis Katy pesan kat korang tau! Ribut, panas, hujan atau jerebu, wajib PAKAI SUNCSREEN! Nak dapatkan kulit elok korang kena disiplinkan diri sapu krim pelindung matahari at least dengan SPF 30. Kalau skincare korang harga beribu sekali pun, tapi sunscreen tak pakai tak guna juga.

4. Ceramides & Gleserin

Pernah dengar tak produk yang ada bahan ceramides dan gleserin? Kedua-dua bahan lemak asid ni mampu memulih dan mengekalkan kelembapan kulit korang. Mula dari sekarang, korang boleh guna produk dengan bahan-bahan ni untuk dapatkan kulit yang sihat dan lawa.

5. Amalkan makanan yang mengandungi asid sihat.

Selain produk dan rutin penjagaan kulit, makan pun mainkan peranan untuk korang dapat kulit yang sihat tau. Makanan seperti avokado, ikan salmon, biji rami, timun, saderi dan kacang walnut juga bagus untuk meningkatkan kelembapan kulit korang. Makanan ni semua ada kandungan asid sihat yang tinggi.

Harapnya, korang yang alami masalah kulit tak putus asa dan teruskan usaha untuk dapatkan kulit yang sihat dan flawless. Pasti ada jalan untuk setiap masalah okay!

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

SKIP THIS AD ×