Sekarang kat negara kita ni dah makin ramai orang yang double standard. Paling jelas, kalau orang tu sihat ataupun gemuk. Gatal je mulut tu nak mengata atau pandai-pandai nak bagi tips kuruskan badan kat orang tu.
Ish..ish..ish..tak baik tau! Diorang pun manusia, ada hati dan perasaan. Entah-entah nanti kalau diorang kurus, lagi hot dari korang yang tak gemuk tu. Masa tu baru menyesal!
Untuk korang yang selalu kutuk golongan comel tu, jom baca ayat-ayat yang selalu korang cakap dekat diorang sampai diorang dah penat nak dengar. Lepas ni jangan kutuk diorang dah tau!
“Guni beras bergerak ke ni?”
Amboi amboi amboi..sedapnya cakap orang tu macam guni beras. Cuba korang cermin sikit badan tu, entah-entah yang mengata tu pun lebih kurang je.
Macamlah dia yang sponsor orang tu makan. Sebelum mengata orang, adalah baiknya kalau berfikir dulu. Fikir dulu habis-habis sama ada apa yang dikata tu akan mengguris hati orang yang mendengar.
Cuba bayangkan kalau orang cakap camtu kat korang. Mesti sentap!
“Ketatnya baju! Dah macam balut nangka lah!”
Selalunya ayat ni kita akan dengar kalau pergi event ke atau ada kenduri kendara. Ringan je mulut si makcik bawang ni mengata orang-orang yang montel ni. Lepas tu pulak, bukan si montel ni je yang dikata, habis satu kampung dia komen!
Warna baju striking sangat lah, kain baju macam langsir lah, baju tak matching dengan tudung lah, style baju tak up to date lah, ketat sendat padat lah!
Ewah..ewah..cili mulut tu nanti!
Kadang-kadang golongan comel ni bukan sengaja nak berpakaian ketat, tetapi bentuk fizikal semulajadi yang membuatkan baju tu nampak sedikit ketat. Biarlah orang tu nak pakai baju apa pun. Asalkan dia selesa.
Daripada mengata, baiklah kita simpan je pendapat kita tu dalam hati. Diam lebih baik kan.
“Simpan janggut tu nak cover double chin lah tu..”
Manusia ni memang tak pernah puas hati dengan orang lain kan. Ada je nak cari point nak kutuk orang.
Bila orang tu simpan misai, dikatanya nak nampak matang. Bila simpan janggut pulak, cakap nak cover double chin dan lelemak bawah dagu. Ada je yang tak kena!
Apa kata daripada korang kutuk double chin dia tu, cuba sesekali puji dia seperti “You look different today! Nampak macho!”.
Jangan tak tahu, ayat simple macam tu boleh buat seseorang senyum sepanjang hari tau!
“Kau ni bila nak diet? Asyik mengembang je aku tengok”
Ayat ni akan selalu kita jumpa di reunion sekolah, kenduri, atau majlis kahwin. Asal jumpa je, mulalah tegur, “Eh, dari dulu tak berubah kau ni, tetap montel!”.
Amboi sedapnya mulut…Jumpa pun 10 tahun sekali, ada hati nak komen fizikal orang! Bukannya rapat sangat pun.
Orang macam ni, patutnya kena bagi balik je kat dia. Elok dibalas, “Eh kau ni, dari dulu tak berubah, mulut tetap puaka!”. Lepas tu korang pun berlalu pergi sambil flip shawl. Haha!
“Kenderaan berat sila ikut kiri..”
Haa..ayat ni kami rasa kejam sangat sebab ayat ni seolah-olah mengibaratkan golongan comel ni seperti kenderaan berat iaitu lori dan bas.
Tak baik tau! Kalau lah admin yang kena macam ni, admin siku je orang yang mengata tu. Baru puas hati!
Daripada korang mengata tu, lebih baik korang motivate atau bantu mereka untuk jalani hidup sihat dan mencapai berat badan yang ideal. Sebab orang berbadan besar ni, dorang perlukan semangat dan dorongan untuk kurus dengan cara yang sihat.
Dah bosan kena ejek? Jom kami bocor rahsia untuk korang!
Kami percaya, takde siapa yang suka bila selalu diejek, dikutuk dan dihina fizikal mereka. Sekali dua bolehlah dianggap bergurau, tapi bila dah banyak kali, rasa nak lempang je mulut orang yang mengata tu!
Yelah, kadang-kadang tu bukannya golongan comel ni tak exercise dan makan makanan yang sihat, tapi nak dapatkan tubuh badan yang diidamkan tu memang ambil masa sikit dan perlukan suplemen sampingan.
Nah, kami kongsi satu rahsia untuk korang! Apa kata korang cuba amalkan Citrex A.M.G™ (Original Mango Flavor) ni. Bukan sahaja sedap, tapi Citrex A.M.G™ ni jugak mengandungi bahan-bahan semulajadi yang terbukti secara klinikal untuk menyokong proses biokimia badan.
Yang lagi best, bila korang amalkan Citrex A.M.G™ ni, ia juga akan membantu untuk meningkatkan metabolisma, membakar lemak, buat korang cepat rasa kenyang dan sumber fiber yang bagus untuk diet.
Jadi, tunggu apa lagi, amalkan satu sachet setiap hari untuk capai berat badan ideal dan bentuk tubuh yang korang idamkan! Biar mulut orang yang mengata tu terlopong bila korang dah hot nanti!
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan laman web Citrex A.M.G™ ini.
Kalau anda nak tahu lebih lagi pasal produk ni atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Talian Customer Care: 1-800-888-313 atau email ke [email protected] / [email protected]