berita

5 Barang Atau Gadget Kecil Mudah Alih Yang Korang Perlukan Ketika Pandemik Ni!

March 31st, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Tahun lepas merupakan tahun yang sangat tak disangka-sangka. Dalam sekelip mata je dunia berubah dan kini kita masih berada dalam tempoh pandemik. Seiring dengan situasi semasa, kami yakin korang pun dah membiasakan diri dengan norma baharu dan berubah bagi sesuaikan diri.

Kalau dulu korang keluar bawak handphone dan kunci rumah je, sekarang ni ada barang extra yang korang kena bawa. Ingat tak perlu tapi sebenarnya penting! Barangan yang tersenarai ni semuanya penting ketika pandemik tapi ada juga yang menyenangkan dan buat korang lebih selamat.

Mini sanitizer

Sanitizer memang tak asing lagi dah zaman sekarang. Kalau dulu, orang tak rasa penting sangat tapi sekarang ini antara perkara wajib korang kena bawak bila nak keluar!

Yang paling best, sekarang dah ada pelbagai jenis bau dan saiz yang korang boleh pilih. Sanitizer bersaiz kecil sering menjadi pilihan untuk diletakkan di dalam beg untuk di bawa ke mana je korang pergi!

Sabun kecil

Antara saranan KKM adalah membasuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat! Kadang-kadang kalau asyik sembur sanitizer pun korang rasa rimas kan?

Jadi, korang boleh juga cuci tangan. Bawa sabun kecil ke mana je korang pergi dan pastikan kandungan sabun tersebut mampu membunuh kuman dan virus. Ada jenis cecair ada juga jenis kepingan macam ni!

Mask chain

Bukak, simpan, keluarkan balik, pakai balik, bukak balik. Ish, rimas lah! Kan senang kalau korang ada mask chain! Bila bukak korang biar je pelitup muka tergantung dekat leher.

Nak pakai balik pun mudah dan korang tak biarkan pelitup muka korang merata-rata kan? Mask chain ni ringan je, mesti korang tak rasa pun korang pakai.

Vitamin C

Tingkatkan sistem imunisasi korang ketika pandemik ini dengan mengambil vitamin! Vitamin C atau asid askorbik ialah nutrien berperanan sebagai antioksida menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada sesetengah penyakit berjangkit.

Portable nanoe™ X generator

Ini yang paling best sebab sambil-sambil korang bawak kereta, virus dan bakteria yang melekat pada badan korang boleh terhapus! Portable generator bukan boleh guna dalam kereta je, korang jugak boleh letak dalam bilik atau mana-mana je yang korang nak. Tapi, portable generator tu macam mana eh? Brand apa yang best?

Panasonic Portable nanoe™X Generator mudah alih dan ringan!

Hanya sebesar bekas air dengan berat 0.4 kg, Panasonic nanoe™X Generator memang mudah untuk korang letakkan dalam beg dan bawa ke mana saja yang korang nak. Sambil-sambil bawak kereta korang hidupkan je generator dan letak je dekat tempat air. Bau rokok pun boleh hilang tau!

Portable nanoe™X Generator ni berpartikel halus (5 hingga 2nm) mempunyai kadar asidik yang rendah serta bahan reaktif dan kuasa elektrik! Apabila Panasonic Portable nanoe™X Generator melepaskan radikal di dalam air molekul , ia boleh menghilangkan virus, bakteria, bau dan alergen.

Keberkesanan menghalang virus dan penyingkiran bakteria bergantung pada bilangan radikal OH. Semakin banyak radikal OH, semakin tinggi keberkesanannya kekuatan anti-virus. Panasonic Portable nanoe™X Generator  ni  dihasilkan pada tahap tinggi iaitu kadar 4.8 trilion sesaat!

Bukan purifier tapi generator!

Walaupun nampak macam air purifier tapi ianya mempunyai kegunaan yang berbeza. Panasonic Portable nanoe™X Generator merupakan generator yang menghalang virus dan bakteria sehingga 99.9%!

Bukan tu saja, ia juga boleh melembabkan rambut dan kulit korang. Memang terus segar lah walaupun seharian di luar!

*Hasil ujian mungkin berbeza bergantung pada jarak dan pendedahan kualiti udara.

Hanya RM599 dan korang boleh dapatkan udara yang lebih bersih!

Untuk kegunaan yang sangat membantu dalam situasi sekarang, harga RM599 ni memang sangat berbaloi! Bukan senang nak dapat portable generator dengan fungsi yang canggih macam ni.

Cara untuk kendalikan Panasonic Portable nanoe™X Generator pun senang je. Hanya cucuk di mana-mana USB port atau powerbank dan korang dah boleh nikmati udara bersih.

Panasonic juga ada berkolaborasi dengan GrabPremium di mana sebanyak 5,500 kereta Grab dilengkap dengan generator ni! Bestnya yang naik grab, terus rasa selamat dan juga bebas dari virus dan bakteria yang ada dekat luar tu.

So, korang apa tunggu lagi? Nikmati hari-hari korang dengan lebih yakin dan dapatkan persekitaran yang lebih bersih dengan Panasonic  Portable nanoe™X Generator! Korang boleh klik dekat sini untuk maklumat lanjut!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×