Tak kisah duduk sendiri atau berkeluarga, setiap isi rumah perlukan barang dapur yang cukup. Lebih-lebih lagi sekarang ramai suka memasak di rumah. Bukan setakat boleh asah skill di dapur, malah lebih jimat.
Bukan itu sahaja, nak berbelanja pun kenalah bijak! Bila pilih barang dapur tu, pilih bahan yang sesuai dengan hidangan seharian. Nak senang, buat checklist. Tak ada la barang tertinggal nanti.
Kali ni kami kongsikan beberapa barang dapur yang wajib ada kat rumah. Meh tengok!
SAJI – Minyak masak paling popular
Mak-mak mesti suka pakai minyak masak SAJI ni. Tapi SAJI bukan setakat ada minyak masak je. Banyak lagi produk SAJI lain seperti santan, krimer, beras, sos masak dan pencicah, mee segera dan sebagainya.
Dengan ramuan terbaik dan berkhasiat untuk masakan seisi keluarga, kerja di dapur jadi lebih mudah dengan rangkaian produk dari SAJI. Peniaga pun ramai yang suka guna. Paling menarik, makanan jadi lebih sedap!
ADELA – Pilihan ideal untuk sarapan
ADELA adalah marjerin serba guna diperbuat daripada minyak sawit terbaik dan diperkaya dengan sembilan vitamin, termasuk Omega 3, 6 dan 9 tanpa kolestrol. Sedap disapu pada roti!
Selain marjerin, ADELA juga ada minyak masak premium ADELA Gold, ADELA Vanaspati (premium), minyak canola, minyak bunga matahari dan minyak campuran. Paling ideal untuk buat kek dan biskut!
Seri Pelangi – Marjerin masakan serba boleh
Menjadi pilihan ramai suri rumah, Seri Pelangi terkenal sebagai marjerin masakan serba boleh. Korang nak masak nasi pelbagai jenis, buat kek, bakar roti, semuanya boleh dengan Seri Pelangi. Macam magik!
Dengan tekstur yang halus dan bau yang harum, Seri Pelangi menjadikan hidangan seharian di rumah menjadi lebih sedap. Paling penting, ia mudah didapati di pasar raya. Kualiti pun terbaik.
Gula Prai – Gula terpaling legend
Wei, ni paling legend! Siapa je yang tak kenal gula yang cukup famous di Malaysia ni. Dari zaman datuk nenek kita guna gula ni. Senang nak kenal Gula Prai yang mana satu, tengok label warna hijau pada bungkusan je.
Antara jenis gula keluaran Gula Prai ialah gula kasar, gula halus, gula perang lembut, gula kastor, gula aising dan gula premium. Bukan dalam masakan je, nak buat minuman yang sedap dengannya pun boleh.
Bright Cow – Susu segar dari ladang
Siapa kat sini minum susu setiap hari? Susu mengandungi banyak nutrien yang baik untuk badan. Kalau cerita tentang susu, mesti la Bright Cow jadi pilihan. Kesegaran, kualiti, rasa dan khasiatnya terjamin!
Semua produk tenusu Bright Cow seperti susu segar, kefir, yogurt greek dan keju paneer menggunakan susu yang diperah daripada baka lembu Australia terbaik. Segar dari ladang tenusu tempatan.
Ladang’57 – Beras wangi, ayam kampung & jus buah berkhasiat
Ramai rakyat Malaysia mula menggemari beras wangi untuk dinikmati di rumah. Kalau korang tengah cari beras wangi terbaik, kami rekomen korang guna Ladang’57. Nasi jadi lebih lembut dan sedap guys!
Ayam kampung Ladang’57 pun tak kurang hebatnya. Diternak secara semula jadi tanpa suntikan hormon atau antibiotik. Proses penyembelihan dan pembersihan juga halal sebelum dibungkus. Dijamin segar dan selamat!
Paling menarik, Ladang’57 juga ada produk buah-buahan seperti Pisang Cavendish, jus buah-buahan sedia untuk diminum, nanas MD2 dan Mangga Harumanis. Fuh!
Haa.. korang mesti pernah gunakan sekurang-kurangnya satu antara jenama yang kami senaraikan tadi kan? Lepas ni boleh la tambah yang belum ada ya.
Semuanya jenama tempatan keluaran FGV, harga berpatutan & berkualiti!
Perasan tak? Semua yang kami senaraikan tadi ialah jenama produk makanan tempatan istimewa daripada FGV Holdings Berhad (FGV).
Dari dulu lagi produk FGV telah disokong oleh ramai rakyat Malaysia. Produknya berkualiti tinggi dan berkhasiat dengan harga berpatutan. Senang cerita, ini la barang dapur yang mampu milik.
Bagi menghargai rakyat Malaysia yang terus setia menggunakan produk keluaran FGV, mereka ada buat kempen istimewa untuk korang!
Kempen ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’ jadi tarikan ramai
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 dan menyokong peranan FGV dalam menerajui produk makanan dan pertanian lestari, jenama makanan tempatan keluaran FGV, SAJI, melancarkan kempen ‘SAJI Terima Kasih Malaysia.’
Kempen ni dibuat istimewa sebagai tanda penghormatan kepada korang yang menjadi pelanggan setia SAJI. Selain tu, ada video baru yang FGV keluarkan jugak!
FGV keluarkan video korporat baru sempena bulan kemerdekaan
Buat pengetahuan korang, FGV juga ada video korporat terbaru yang istimewa di Bulan Kemerdekaan 2023.
Bertemakan ‘Melahirkan Masa Depan Lestari’, video animasi 3D ni memaparkan gambaran menarik mengenai perjalanan FGV ke arah masa depan yang lebih lestari. Wah, kena tengok ni!
Haa.. Bukan tu je video yang ada tau. Kami nak ajak korang tengok video ni jugak!
Jom tonton video ‘Perajurit Dapur’ yang menarik ni!
Bila tibanya bulan kemerdekaan, kita akan teringat usaha wira yang berjuang demi negara Malaysia. Perjuangan yang patut dihargai!
Oleh itu, SAJI dengan berbesar hati telah keluarkan video istimewa ‘Perajurit Dapur’ untuk menghargai wira kulinari yang telah berjuang di dapur demi memenuhi selera keluarga dan rakyat Malaysia.
Perjuangan mereka beri inspirasi kepada SAJI untuk meraikan serta memberi penghargaan terima kasih kerana memilih rangkaian produk SAJI sebagai rahsia untuk melazatkan rasa. Selamat menonton guys!
Jangan lupa like dan follow media sosial FGV di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube mereka. Untuk info lebih lanjut tentang FGV, boleh klik SINI.