berita

5 Barang Dengan Harga RM0.50, Ini Kejutan Menarik Menanti Korang Di Ninso Terbaru GM Klang!

July 23rd, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Rumah korang dah cukup barangan keperluan rumah atau belum? Maklumlah sekarang asyik duduk rumah je, mesti asyik guna barang kat rumah. Kalau dah habis guna, nampak gaya memang kena berbelanja la.

Mana nak dapat barang keperluan rumah dengan pilihan banyak dan harga lebih murah? Kami cadangkan korang pergi Ninso, kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan dengan harga RM2.10 je. Lagi seronok, mereka buka cawangan baru lagi!

Jom singgah cawangan baru Ninso di GM Klang!

Ninso dah tambah cawangan baru mereka di Klang. Kali ni, mereka memilih GM Klang sebagai lokasi cawangan baru mereka dan ia akan dibuka secara rasmi pada 24 Julai 2020!

Ninso ni pernah ke tak ramai orang? Memang tak pernah la wei! Korang nak tahu apa yang membuatkan Ninso jadi tarikan ramai? Ni sebabnya..

Semua barangan berharga RM2.10 je, murah gila!

Apa yang buatkan ramai tertarik untuk berbelanja di Ninso? Mestilah sebab harga barangnya yang murah gila, cuma RM2.10 je! Sesuai dengan tagline mereka “Cukup Murah Hanya RM2.10”. Bayangkan dengan RM50, korang boleh dapat macam-macam di Ninso.

Pelbagai pilihan barang, makanan & alat solek pun ada

Barang apa yang dijual di Ninso? Boleh dikatakan semua yang korang nak cari, ada dijual di Ninso. Tak perlu bersusah-payah melilau cari tempat lain. Senang kerja korang!

Biasanya mak-mak memang suka datang Ninso. Bukan barangan rumah je yang ada tau. Alat tulis, aksesori, alat solek, permainan, malah makanan pun korang boleh dapat kat Ninso.

Kemas, bersih & selesa untuk berbelanja sepuas-puasnya

Kami jamin korang akan selesa berbelanja di Ninso. Ruang kedainya sangat luas. Bersih pulak tu. Barangan mereka sentiasa disusun rapi mengikut bahagian masing-masing. Cari barang pun senang la.

Kualiti setanding harga, tak payah risau tarikh luput!

Ninso sentiasa memastikan kualiti barangan setanding dengan harga. Korang juga tak perlu risau dengan tarikh luput kerana staf mereka akan sentiasa semak dan pastikan semua barangan di sini adalah baru setiap hari. Kualiti pun terjamin!

Dengar cerita, Ninso yang baru dibuka di GM Klang ada surprise menarik untuk para pelanggan. Apa agaknya ya?

Percuma baucar RM10 & beli 5 barang dengan hanya 50 sen!

Wah, Ninso nak bagi baucar tunai RM1o kat korang secara percuma! Dengan baucar ini, korang hanya perlu bayar RM0.50 untuk 5 barang. Cara pun senang. Korang hanya perlu LIKE & SHARE Facebook Page NinsoBest gila!

Baucar tunai istimewa daripada Ninso ni terhad tau. Hanya 200 pelanggan terawal yang akan dapat baucar tunai istimewa ni. So, korang kena la datang awal ya!

*tertakluk pada terma dan syarat

Untuk makluman, Ninso beroperasi dari jam 1o pagi hingga 10 malam. Tak sabarnya nak berbelanja di cawangan Ninso yang baru di GM Klang. Jangan lupa kongsikan berita ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang ya.

NINSO GM KLANG

Alamat: P5-B, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarian 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waze: https://bit.ly/3fQBM71

Nak info lebih lanjut tentang Ninso? Klik mana-mana link di bawah.

Facebook: Ninso

Intagram: @ninsowm

Guna baucar tunai percuma dan shopping la puas-puas di Ninso!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×