Wah, dah nak raya ni. Seronoknya! Tak sangka cepat masa berlalu. Sedar-sedar, dah sebulan kita berpuasa. Korang mesti dah mula busy balik kampung, kemas rumah, cari baju raya, buat kuih raya, nganyam ketupat, dan macam-macam lagi. Betul tak?
Macam mana persiapan raya korang? Bersedia dari awal tak? Bila raya dah makin hampir, perempuan la yang paling busy. Sebenarnya, ada benda yang hanya perempuan akan sanggup buat sebelum raya. Nak tahu apa? Meh kami bagitahu..
Beli baju, beg dan kasut raya kat butik
Wah, kemain lagi dia shopping sakan. Punya la nak nampak gorgeous masa raya nanti, sanggup berhabis duit untuk beli baju, beg dan kasut raya kat butik. Kan lagi elok kalau korang berjimat cermat bila dah nak raya ni. Takut bajet lari pulak!
Kurangkan berat badan
Perempuan mesti rasa bulan puasa ni la waktu terbaik untuk diet! Yalah, nanti dah beli baju raya, takut tak muat pulak. Kang terpaksa pakai baju tahun lepas. Hihi. Ala, kalau baju tahun lepas elok lagi, apa salahnya kan?
Buat kuih raya, cuba resipi baru
Paling best, buat kuih raya. Kadang-kadang scroll Facebook, nampak kawan share resipi kuih raya yang baru, mesti nak cuba! Perempuan memang pakar dalam bab macam ni. Nak ikutkan, lelaki pun ada yang suka buat kuih raya. Tabik spring la!
Buat rambut, biar nampak anggun
Sebelum raya, confirm salun rambut ramai orang. Tak salah nak tampil istimewa dengan rambut baru sempena raya. Hehe. Sebenarnya kalau korang tak berpakaian serba baru pun tak apa. Ubah stail rambut je, dah nampak anggun dan manis.
Cantikkan muka, nak flawless habis
Yang ni kami setuju! Senang cerita, semua perempuan mesti nak muka nampak cantik dan flawless waktu raya nanti. Tak nak la muka nampak kusam dan tak bermaya. Nanti tak berseri di hari raya. Huhu.
Haa, kalau korang tengah cari produk untuk penjagaan kulit muka, kami ada cadangan terbaik untuk anda..
Pakai Nanowhite, muka lebih cantik dan berseri
“Ish, flawlessnya muka kau, pakai produk apa?” Haa, lepas ni boleh la jawab, “Pakai produk Nanowhite, muka aku terus flawless macam ni“. Wow! Macam mana nak pakai Nanowhite ni? Ikut je steps yang kami beri kat bawah.
Cuci muka dengan Nanowhite Awakening Snow Wash. Pembersih muka ni bila pakai, rasa sejuk macam salji! Ia membersihkan dan melembapkan kulit korang. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cuci makeup dengan Nanowhite Brightening Micellar Water
Raya nanti, confirm korang asyik bersolek sepanjang hari kan? Maklum la, pergi open house raya, saudara mara datang rumah, memang berjalan sakan la. Kalau nak tahu, Nanowhite ada produk baru untuk cuci makeup korang tu tau.
Barang makeup korang mesti ada yang long wearing atau waterproof kan? Nanowhite Brightening Micellar Water ni bagus untuk cuci makeup korang tu. Tak perlu bilas muka pun. Ia dirumus khas dengan Omega White C, Vitamin C dan E. So, kulit korang lebih bersih, segar dan cerah sentiasa. Fuh!
Jangan ketinggalan untuk dapatkan produk Nanowhite di Watsons atau Guardian yang berdekatan dengan korang. Mesti korang tak sabar nak muka nampak lebih cantik dan flawless sepanjang raya kan? Orang lain cantik, kita pun nak cantik juga! Hihi.
Kalau nak info lebih lanjut tentang Nanowhite, boleh klik sini ya. Tampil cantik berseri raya ni dengan produk Nanowhite. Kami juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin untuk korang. Yay, dah raya wei!