Sekadar gambar hiasan
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di mana lima beradik yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata berikutan kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat virus Covid-19.
Apa yang lebih meruntun hati, sebelum ini arwah ibu mereka yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat memberikan pesanan kepada anak sulung yang dikenali sebagai Muhammaf Haidir untuk menjaga adik-adiknya dengan sebaik mungkin.
Masih teringat akan pesanan ibu
Foto: Kosmo
Menerusi laporan Berita Harian, Haidir sama sekali tidak menyangka pesanan yang disampaikan oleh arwah ibunya menerusi panggilan video merupakan amanah yang terakhir buat dirinya. Difahamkan, bapanya Rodzi Tahar, 55 tahun, meninggal dunia di Hospital Tampin pada 31 Mei yang lalu, dan ibunya Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka.
Bercerita lebih lanjut, remaja ini menjelaskan pada mulanya bapanya hanya mengalami demam biasa sebelum mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan di Hospital Port Dickson sebelum disahkan positif Covid-19.
Ibu bapa hidap penyakit kronik
Sekadar gambar hiasan
Difahamkan, mereka adik beradik turut disahkan positif Covid-19 telah sembuh selepas menjalani kuarantin di rumah. Kini, lima beradik ini masih menetap di rumah peninggalan arwah bapanya yang terletak di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital. Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?
Sumber: Berita Harian & Kosmo