berita

5 Cafe Hipster Santai & Cool di KL. Siap Ada Liveband!

February 28th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

livebandKalau sebut pasal makan mesti semua laju je nak pergi. Lebih-lebih lagi yang memang kaki makan. Pantang dengar ada cafe atau restoran baru dibuka, mesti nak try kan? Tak kisah la makanan tu jenis masakan kampung atau barat, yang pasti haruslah sedap dan berbaloi. Betul tak?

Kali ni kami nak kongsikan tempat makan lain dari yang lain buat korang yang gila ‘hunting food’? Apa kata korang try 5 kafe kat bawah ni. Bukan sekadar hipster weh, siap ada ‘live band’. Sambil menjamu selera, kita jamu sekali halwa telinga kita dengan lagu lagu best. Layan gitu.

Treefor Kitchen & Coffee

fotor

Restoran  ‘Treefor Kitchen & Coffee’ ini baru dibuka pada bulan lepas yang terletak di Bandar Baru Selayang dan berdekatan dengan Stadium MPS. Memang banyak pilihan makanan untuk dicuba. Bukan makanan western je, makanan lokal pun ada. Antara makanan yang istimewa di sini pastinya Nasi Goreng Butter Ayam Panggang. Harga pulak memang sangat berbaloi.

treefor

Bertemakan, ‘treefor everyone”, kafe ini menjadikan malam sabtu sebagai malam untuk aktiviti santai, persembahan dari ‘live band’ juga dilihat bagai menyuntik nafas baru untuk Bandar Baru Selayang. Memang sempoi bak hang!

Untuk maklumat lanjut tentang Treefor Kafe, boleh layari :

Facebook : Treefor Kitchen Coffee
Instagram : tree.for

Cafe Fikcles

16864709_719359651558123_8520332498520219498_n

Suasana dalam Fikcles ni memang santai habis. Memang sesuai untuk korang bawak family kesini. Paling best sebab makanan dia ada style tersendiri. Kiranya bukan rasa biasa biasa. Haa gitu. Memang best! Falsafah kafe ni pun dah cool tau, ini kan pula makanan dia. Come dine with us and we dare you to be fikcles-minded like us!

Stefikcnas

Tapi kalau anda nak makan sambil dengar live band (kugiran kampung) oleh Sham Kamikaze dan rakan, anda boleh datang setiap hari Selasa dan Ahad. Serius layan habis. Tak sure sekarang ada ke tak lagi. Hehe.

Untuk maklumat lanjut tentang Fikcles, boleh layari :

Facebook : Fikcles
Instagram : Cafe Diner.Comfort Food.Coffee

The Garage KL

gargee

The Garage KL ni adalah sebuah tempat santai untuk melepak dengan konsep lain dari yang lain senang cakap hipster la. Dekat sini ada lebih daripada 15 kedai-kedai, kafe, dan garaj. Menarik kan? Kalau dah 15 kedai tu, memang banyak sangat pilihan makanan sampai tak tahu nak makan apa weh!
 garagekl2
Yang menariknya binaan bangunan restoran ini diperbuat daripada kontena yang dicantum cantum. Memang luas dan selesa lah. Interior kedai ini pun memang unik dan menarik. Buat pengetahuan korang, kafe ni bukan ada tempat makan je. Siap ada barber shop dan galeri kereta.

Untuk maklumat lanjut tentang The Garage KL, boleh layari :

Facebook : The Garage KL
Instagram : @thegaragekl

Pak John Steamboat dan BBQ

parkjohn

Untuk korang yang tak tahu mana nak pergi masa hujung minggu boleh la datang lepak dan makan dekat Pak John Steamboat dan BBQ dekat eCurve ni sebab kat sini je la tempat yang korang boleh layan makan steamboat sambil dengar dendangan lagu-lagu hits dan terkini oleh abang-abang liveband ni. Syok habis!

dimsum

Pak John Steamboat dan BBQ ni bukan sahaja menyediakan makanan steamboat dan grill. Tapi juga ada makanan goreng goreng, dim sum dan macam macam lagi. Memang lain dari lain. Makanan pulak semua sedap sedap.

Untuk maklumat lanjut tentang Pak John, boleh layari :

Facebook : Pak John

RZ 22 Cafe

rz22cafe

Kafe ni berkonsepkan lebih kepada outdoor. Memang menjadi pilihan penduduk Klang untuk makan sambil bersantai di hujung minggu mereka. Makanan juga sangat berpatutan dan sedap. Dari ke lempeng sampai ke western pun ada. Betul betul memenuhi selera tekak orang melayu. dd

Bayangkan hebat tak hebat kafe ni sampaikan abang Yazid Search pernah live band di sini. Sebenarnya ramai lagi artis artis pernah live band di sini. So korang boleh pergi sendiri. Mana tahu rezeki korang jumpa artis kan? Hehe

Untuk maklumat lanjut tentang Rz 22 Cafe, boleh layari :

Facebook : RZ 22 Cafe

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×