berita

5 Cara Ini Mampu Bantu Korang Untuk Lebih Mengenali Pasangan Sendiri.

November 5th, 2019 | by FITRI JAMARI
Insiprasi

Setiap hubungan yang tercipta selalu bermula dengan bait-bait manis tak kiralah dari pihak perempuan ataupun lelaki. Tapi, semakin lama sesebuah hubungan itu terjalin pasti akan timbul fasa di mana perasaan yang ragu-ragu dan kurang percaya. Nak-nak kalau yang baru fasa bercinta tu kan?

Jangan risau, perkara tu adalah normal. Jom kita tengok tips untuk kenal pasangan korang dengan lebih mendalam!

1. Berkongsi Cerita

Kalau korang rasa sedih, marah atau rasa macam nak give up, please kongsi cerita dengan pasangan. Sama ada masalah tu berkait dengan pasangan ataupun tak. Jangan pendam lama-lama sebab nanti boleh jadi “kurap” dalam hubungan korang.

2. Bertanya Soal Masa Lampau

Cuba cari masa yang sesuai untuk bertanya tentang masa lampau pasangan. Agak sensitif, tapi dengan cara ni, korang akan lebih yakin dan bersikap jujur dengan pasangan. Tapi kalau pasangan korang taknak share cerita, tak apa! Mungkin mereka nak lupakan perkara tersebut dan mulakan hidup yang baru.

Korang chill je okay! Bila tiba masa, si dia sendiri akan kongsi cerita silam mereka dengan korang

3. Selidik Cara Pasangan Bercakap

Kadang pasangan ni depan kita lain, depan keluarga lain, depan kawan lain cara percakapan tu. Dengan kita bukan main lemah lembut, bila dengan keluarga amboi kasar dan kurang ajar sungguh! Itu tandanya pasangan korang seorang yang pemarah dan sensitif.

Jadi, selidik dulu dan berhati-hati sebelum berganjak ke hubungan yang ke seterusnya.

4. Tidak Berdendam

Walau dalam keadaan apa sekali pun, janganlah korang simpan dendam dan sakit hati dekat pasangan. Kalau rasa tak puas hati, bagi tahu pasangan apa yang korang sakit hati sangat. Komunikasi adalah cara terbaik untuk sesebuah hubungan tu tahan lama.

5. Ketahui Apa Yang Disukai & Tak Disukai

Kata sayang! Takkan tak tahu apa yang pasangan korang suka dan tak suka. Kalau masih tak tahu, cubalah ambil berat sikit mengenai hobi, makanan, minuman dan warna kesukaan mereka. Barulah si dia amaze dengan korang.

Hargailah pasangan korang walaupun si dia ada banyak kekurangan. Sebaiknya, jadikanlah kekurangan mereka tu sebagai kelebihan dalam melengkapi kehidupan sehari-hari korang.

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!