Ucapan yang diberikan spontan oleh personaliti media sosial, Harszan khusus untuk ibu bapa kandungnya telah meruntun hati warganet.

Artikel Berkaitan: Harszan Kongsi Kisah Hidup Sebagai Bayi Terbuang, Ditemui Orang Awam Selepas Beberapa Hari – ‘Tiada Siapa Datang Tuntut Di Hospital’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Adalah Wanita Sejati Bersuara Jantan’

Ucapan untuk ibu bapa

@bliss_4i

weh srs takle part ni 🥹🥲 [ #aiharszan #fyp #aiteam #ryzan #fyp ] @harszanlagi

♬ Runtuh – Feby Putri & Fiersa Besari

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Harszan menitipkan kata-kata buat ibu kandungnya dan menghargai pengorbanan wanita itu yang telah melahirkannya di dunia ini.

Kepada ibu, kalaulah ibu kenal saya, Assalamualaikum, saya sudah besar dan berumur 23 tahun. Maksudnya kejadian dahulu sudah berlaku 23 tahun lepas, ketika itu tahun 2002.

Kalau ibu menonton, saya nak ucapkan terima kasih sebab kalau tak ada ibu, maka tak ada saya. Kalau saya tak ada, tak adalah peluang untuk diri saya ke syurga.

Tiada dendam

Dalam masa yang sama, Harszan berkata, dia kini sudah berdamai dengan takdir meskipun pernah diselubungi rasa marah dan menaruh dendam terhadap bapa kandungnya sebelum ini.

Kepada bapa saya, terima kasih juga sebab jumpa ibu kandung saya.

Ketahuilah bahawa saya tak marah dan sudah tiada dendam.

Pernah ada dendam tapi seiring dengan masa saya sudah maafkan dan ia sudah pun larut sebab saya jenuh merayu dengan tuhan untuk hilangkan rasa itu.

Mengakui tidak mudah untuk menempuh hidup tanpa ibu bapa kandung, Harszan bagaimanapun tetap menerima ketentuan Allah SWT dengan reda.

Hidup saya pun dahulu susah dari pelbagai segi.

Bukan salah sesiapa mahupun ibu atau bapa. Tapi ini memang caturan Allah dalam hidup dan saya terima.

Kalau mereka masih hidup, semoga sihat. Kalau saya ada darah daging yang lain (adik-beradik), semoga semuanya sihat juga.

Ada rezeki kita jumpa atas dunia, kalau tidak nanti saya minta kita jumpa dekat syurga.

Terdahulu, menerusi sebuah podcast, Harszan mendedahkan ketika kecil dia telah ditemui orang awam di sebuah kawasan perumahan dalam keadaan menyayat hati sebelum dibawa ke hospital.

Harszan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga berusia dua tahun sebelum diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri.

Sumber: TikTok