
Pempengaruh, Bobo memohon maaf atas tindakkannya memeluk dan mencium pipi penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza 12 (GV12) iaitu Shae sewaktu menjadi artis undangan di konsert minggu pertama program itu, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Shae Kecewa Tidak Dapat Nyanyi Lagu Sayang, Dedah Terikat Isu Perundangan – ‘Rasa Karier Dah Tamat’
Mengaku khilaf

Menerusi hantaran di TikTok, Bobo mengaku khilafnya berbuat demikian sedangkan perkara tersebut sepatutnya boleh dielakkan, lebih-lebih lagi program berkenaan ditonton jutaan rakyat Malaysia.
Silap saya, memang salah saya. Saya seolah-olah seperti tiada agama apabila berpelukan dan bercium pipi dengan Shae di atas pentas, di hadapan khalayak ramai.
Semua itu berpunca daripada kecuaian saya sendiri, sedangkan saya sebenarnya boleh mengelak. Namun apakan daya, dalam ratusan kejadian yang berlaku pada masa yang sama, saya tidak sempat berfikir dengan waras.
Tambah Bobo, selain rasa bersalah dengan diri sendiri dan orang ramai, dia juga bersalah dengan Tuhan.
Saya benar-benar rasa bersalah kepada Allah atas perbuatan yang saya lakukan. Saya akui kesilapan itu dan saya memohon maaf.
Terdahulu, Bobo diundang menyerikan persembahan Shae sewaktu penyanyi itu menyampaikan lagu popularnya berjudul Sayang.
Sumber: TikTok








