Siapa yang pernah tengok filem marvel X-Men? Ha kali ni admin nak cerita sikit pasal superhero yang dikenali sebagai Wolvarine ni. Nama sebenar Wolverine ni adalah Logan. Dia ni adalah superhero yang paling keras kepala antara yang lain tau. Haa
Dia juga ada kelebihan luar biasa iaitu dia ni tak akan tua dan juga akan sembuh dari luka dengan cepat. Macam mana Logan boleh dapat kuasa sehebat ini?
Sebab masa perang dunia ke 2, sepasukkan penyelidik askar yang diketuai oleh William Stryker telah buat experiment dengan memasukkan besi dalam badan Logan yang dipanggil Claw. Jom tengok scene gempak yang akan ada dalam movie Logan akan datang ni!
1. Logan ada adik? Adik ke anak? Eh?
Nak tahu tak, ada budak perempuan yang akan reveal dalam movie Logan ni nanti. Yang peliknya, budak perempuan ni nanti ada kuasa yang sama dengan Logan iaitu dia pun ada besi dekat tangan tu, claw. Tapi dia ada 2 claw je, Logan ada 3. Ish, siapa dia ni eh?
2. Logan tak boleh sembuh dari luka? Eh kenapa?!
Kalau nak diikutkan, Logan ni tak boleh tua, tak boleh luka dan akan sembuh dengan cepat. Dia tak akan berdarah sikit pun tau. Tapi kali ni.. luka Loga tak sembuh dan power dia macam makin berkurang je. Haaa kenapa lah tu kan? Mesti korang tak sabar nak tengok en!
3. Sekumpulan strangers datang cari Logan dan budak perempuan tu. Asal pulak ni?
Kenapa agent ni nak cari Logan dan budak perempuan tu? Apa motif sebenar dorang? Nak tahu kena lah tengok dulu movie ni. Hehe
4. Logan akan menjadi lebih tua dimasa akan datang. Ha? Betul ke?
Dimasa hadapan nanti, Logan akan minum banyak air dan dia akan bawak kereta 2024 Chrysler 300 limo yang dah diubahsuai untuk menampakkan lebih futuristic. Logan akan jatuh sakit dan kuasanya mula menghilang. Tidak seperti dulu lagi. Tsk tsk..
5. Apa jadi dengan “kawan lama” Logan, Professor X ni?
Kawan lama Logan iaitu Professor X ni memang betul-betul dah tua dan even dalam movie Logan ni, dia tak berapa sihat dan juga dah tua. Betul-betul old friend ni!