Haa, kalau sebelum ini kami ada cerita mengenai lifestyle seorang puteri iaitu Tun Aminah dan adiknya Tunku Idris.
Artikel Berkaitan :
- 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lifestyle Puteri Johor, Tunku Tun Aminah
- 6 Sebab Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Paling Digilai Wanita, Dicemburui Lelaki
Kali ini kami akan kongsikan mengenai adiknya yang lagi seorang iaitu Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman (TPJ).
Umur dia muda lagi, tapi dah ada beberapa koleksi kenderaan yang super duper mewah dah. Kalau kami cuma mampu dapat dalam mimpi saja lah. Silap-silap kalau gadai tanah pun belum tentu dapat.
YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor
Handsome ke idok? Para gadis mesti melting kan tengok dia ni. Orang lelaki pula makan hati dengan dia, lagi-lagi remaja yang sebaya dengannya. Rasanya tentang diri dia ni kami tak perlu nak cerita panjang kot.
Artikel kami yang sebelum ni dah pernah beritahu pasal family background TPJ ni, apa yang kami nak tambah cuma TPJ ini dilahirkan pada 5 Februari 1993. Tall, dark, handsome
Umur baru sekitar 22 tahun tapi dia dah ada beberapa jenis koleksi kenderaan idaman anda semua. Kami yang dah nak masuk 30 tahun ni pun masih lagi pakai kereta Proton Saga. Oklah, jom kita tengok!
1. Lamborghini Murchielago SV
Macam kami katakan tadi, nak pakai Lamborghini Murchielago SV ni jual tanah pun tak lepas. Kami cuma pakai Proton Saga SV sahaja, SV juga kan?
2. Corvette
Corvette jenis apa tu kami tak pasti, sebab ilmu automotif kami tak berapa mendalam sebab kami bukanlah car enthusiast person. Tapi tetap mewah kan? Kalau ada yang tahu boleh share kat ruangan komen ya?
3. Ducati Panigale
Bukan sahaja drifter, TPJ ni rider juga!
4. Motorboat Sendiri
Haaa! kalau yang ni memang kami tak tahu langsung mengenai model ini, tapi tetap mahal juga! Yang nampak cool bila ada label “TPJ” tu sendiri kat depan.
5. Aston Martin DBS Vanquish & Ford GT
Betuahnya jadi keluarga diraja ni, rasanya macam nak nyanyi lagu “laju-laju, buai ku laju, aku nak kahwin dengan anak raja” . Haih! hanya mampu makan hati sajalah jawabnya.