Kalau sebut pasal smartphone ni rasanya semua orang setuju yang ia dah jadi macam satu keperluan. Susah jugak hidup kalau takde smartphone. Yelah, boleh kata smartphone dah jadi pengganti jam loceng, penunjuk arah, kamera dan banyak lagi.
Tapi, korang tahu tak, banyak benda sebenarnya yang korang boleh buat dengan smartphone ni untuk memudahkan lagi hidup korang.. Jom kami belanja 5 hacks yang cool ni!
Takde pemegang smartphone dalam kereta? Guna getah je!
Sekarang ni aplikasi penunjuk arah macam Waze dan Google Maps memang penting. Nak-nak pulak tiap hari ada je jalan yang tutup sebab pembinaan. Walaupun dah hari-hari guna jalan yang sama, sekali jalan tu tutup, mesti sesat!
Masa ni lah aplikasi penunjuk arah ni berguna. Tapi, jangan drive sambil pegang phone tau. Bahaya!
Bagi korang yang takde phone holder tu, meh cuba cara ni. Ambil dua getah, masukkan dalam ruang penyaman udara, lepas tu selitkan phone korang. Pastikan getah berada di atas dan di bawah phone korang untuk mengetat dan elakkan phone dari bergerak.
Kalau tak paham, tengok video ni..
Gelas boleh jadi speaker?
Siapa suka dengar lagu kuat-kuat? Kalau admin, suka dengar lagu masa mandi. Boleh karaoke sambil mandi. Hehe..
Siapa yang macam ni juga? Tapi takde speaker? Worry not! Guna barang kat dapur je pun boleh.
Caranya, korang ambil mana-mana gelas kaca yang kosong, lepas tu, masukkan phone korang dalam gelas tu sambil pasang lagu. Hasilnya, saling tak ubah macam speaker!
Takde tripod? Klip kertas kan ada!
Layan movie dekat phone ni memang best. Tak payah susah-susah nak bukak laptop. Tapi, malasnya nak pegang phone lama-lama. Lenguh tangan!
Haa..apa kata buat tripod sendiri. Ala..pakai klip kertas je! Tapi, make sure korang pakai klip kertas yang besar tu tau. Barulah boleh selitkan phone korang tu.
Macam ni caranya. Ambil dua klip kertas yang besar tu dan selitkan pada hujung phone korang. Siap! Mudah dan menyenangkan hidup kan!
Alamak, phone masuk air! Ini cara nak selamatkan phone korang..
Paling sakit hati kalau phone kita masuk dalam air. Nak menangis rasa! Yelah, keberangkalian untuk phone ni tak boleh digunakan lagi adalah tinggi!
Relax dulu..Boleh cuba cari ni kalau phone korang termasuk air. Lepas je kena air, cepat-cepat matikan dan tanggalkan bateri smartphone korang. Lepas tu, keringkan dan masukkan dalam bekas yang penuh berisi beras. Biarkan selama 24 jam atau lebih.
Kalau korang nak tahu, beras ni ada fungsi untuk menyerap kelembapan sekeliling. Cubalah, mana tahu berkesan!
Nak cas phone dengan lebih pantas? Cuba cara ni..
Smartphone sekarang memang canggih-canggih tapi, bila dah lama guna, bateri pun cepat drained dan asyiklah kena cas selalu. Dah lah untuk cas penuh ambil masa yang lama.
Haa..meh kami nak kongsi satu tips berguna..
Semasa mengecas, korang aktifkan airplane mode. Cara ni memang boleh buat phone korang cas dengan cepat tanpa gangguan.
Habis data? Nak hack untuk data high speed tak?!
Benda yang paling tak best dan selalu kita merungut adalah bila data tak cukup. Lepas tu, nak kena pergi kedai untuk top-up. Leceh betul! Bila dah subscribe data plan, data pulak tak cukup laju dan cepat habis. Arghhh!
Kan best kalau data habis je boleh reload terus, tak payah pergi kedai cari top-up..Lepas tu, dapat pulak data berkelajuan tinggi. Fuhh..memang best!
Percaya tak kalau kitorang cakap semua tu tak mustahil?! Ni kitorang nak bocorkan satu hack untuk korang reload data tanpa susah payah pergi kedai dan dapatkan data berkelajuan tinggi!
Haa..Tune Talk boleh setelkan semua masalah tu dengan Plan Tune Talk +VIBE yang menawarkan Hi-speed data di rangkaian terbesar pada kadar terendah di Malaysia. Korang jugak boleh nikmati sehingga 20GB dan panggilan tanpa had dengan hanya RM50! Gempak gila!
Yang lagi best, korang boleh langgan plan ni secara online melalui website Tune Talk atau menerusi aplikasi mereka yang ada dekat Apple dan Android. Tak payah susah-susah nak pergi kedai tau!
Kalau nak tahu lebih lagi pasal plan Tune Talk +VIBE ni, layari www.tunetalk.com.