Sejak akhir-akhir ini, lebih banyak persepsi negatif dilemparkan kepada anak-anak muda Malaysia. Katanya anak muda makin layu, makin malas.
Bagaimanapun, kami yakin bukan semua anak-anak muda bersikap sebegini kerana masih ada lagi kelompok yang mahu bangkit daripada ‘kelayuan’ mereka dan berjaya dalam kehidupan.
Nah, apa kata kita semua nilaikan diri sendiri dan cuba untuk bangkit dengan lebih positif!
1. Jangan jadi anak muda yang mudah lupa
Lupakah anda dengan pengorbanan pahlawan-pahlawan yang mendapatkan kemerdekaan Malaysia? Jangan hanya kerana kepentingan diri, pengorbanan mereka dibuang begitu sahaja.
Malah, kemerdekaan yang dikecapi kini juga adalah daripada titik peluh nenek moyang kita yang bergadai nyawa dan harta demi masa hadapan yang cerah untuk Malaysia. Jangan sesekali lupa ya!
2. Berpecah kerana berbeza pandangan
Pandangan yang berbeza tentang aspek atau isu tertentu membuatkan anak muda kini tidak lagi bersatu. Di Malaysia, masing-masing bertekak mempertahankan konon mereka yang paling ‘berilmu’.
Bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Well, chill babe! Tidak salah nak menyatakan pandangan, tapi dalam masa yang sama kenalah juga menerima pandangan orang lain. Jadi, bila kita mendapat pelbagai sudut pandangan bagi sesuatu isu, barulah kita boleh berfikir dengan lebih menyeluruh dan rasional. Betul tak?
3. Cari ilmu di jalanan, bukan di sosial media semata-mata
Banyakkan membaca, banyakkan memerhati realiti dan bandingkan setiap positif dan negatif sesuatu kejadian. Tidak sekadar scroll laman sosial media dan mengutuk tanpa fakta. Keyboard warrior tu bukan satu kerjaya ya!
4. Pedulikan hal yang remeh, fokus untuk bina hidup yang lebih baik
Hal putus cinta, gosip-gosip murahan dan macam-macam lagi perkara remah harus diusir jauh-jauh dulu jika ingin berjaya. Ini tidak, umur baru belasan tahun, dah pandai nak bercinta sedangkan masa hadapan pun masih belum dirancang dengan sempurna.
Well, perkara yang baik akan datang jika kita berjaya atur kehidupan dengan lebih ‘matang’. Jangan biarkan diri korang terbuai dengan hal yang remeh-temeh okay?
5. Tetapkan matlamat anda dan pilih ‘role model’ yang tepat!
Jadikan ahli keluarga atau mereka yang berjaya dalam industri masing-masing tidak kiralah daripada bidang bisnes, hiburan ataupun politik sebagai sumber inspirasi.
Sebagai contoh, jika anda bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya, mula langkah pertama dengan membina matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan sesekali putus ada jika gagal!
Jadi, jom ‘Bangkit’ bersama-sama Suria FM di Kuantan!!!
Selain bertujuan untuk memberikan peluang perniagaan kepada anak muda, ‘Karnival Bangkit’ yang dibawakan oleh Suria FM ini juga mahu memberi kesedaran kepada anak muda tentang kepentingan untuk terus menghidupkan semangat nasionalisma dalam diri mereka.
Pertama kali dianjurkan, ‘Karnival Bangkit’ ini juga dilaksanakan untuk memberi penghargaan kepada pendengar-pendengar setia disamping membuka ruang kepada mereka untuk mendekati dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Suria FM dan artis popular.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan di ‘Karnival Bangkit’ adalah seperti pertandingan Jom Makan Extreme, pertandingan Karaoke Tangkap Leleh, pertunjukan indie band ‘Undiscovered’, sesi beramah mesra bersama artis dan banyak lagi.
Eh, korang juga jangan lupa untuk menyertai kemuncak karnival ini iaitu Konsert Bangkit yang akan diadakan pada hari yang sama bermula pada jam 9 malam melibatkan barisan penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Hazama, Wani Kyrie, Mya, Adibah Noor, dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang, ‘Karnival Bangkit’ seterusnya akan diadakan di Perbadanan Stadium Darul Makmur, Pahang pada 16 April nanti.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, korang boleh melayari laman sesawang Suria FM di www.suriafmmalaysia.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Oh ya, jangan lupa untuk menggunakan #BangkitSuriaFM untuk sebarang interaksi berkaitan karnival ini di laman sosial. Jumpa di sana ya!