Kalau korang suka tengok motoGP, memang tak sah kalau korang tak tengok perlumbaan Cub Prix ni sebab ia juga salah satu perlumbaan yang sangat dinantikan oleh peminat sukan permotoran. Acara ni juga sesuai untuk seisi keluarga, bolehlah bawak satu family!
Siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dikenali sebagai satu siri perlumbaan motosikal yang terdiri daripada pelumba-pelumba handalan Malaysia. Kalau korang nak tahu, era pembangunan sukan pemotoran negara mula berkembang tengan adanya Cub Prix Malaysia pada tahun 1994. Lama kan?
1. Podium kedua Hafizh Syahrin Abdullah. Wohoo!
Kita boleh berbangga dengan pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin dengan kejayaannya meraih podium kedua dalam karier selepas perlumbaan di Grand Prix San Marino. Kemenangan ini sangat menggembirakan bila kita dapat meraikan kejayaan pelumba-pelumba Malaysia.
Oh ya, beliau juga telah dipilih menyertai GP Malaysia (Moto2) atas tiket wildcard pada 2011 sebelum beralih ke Kejuaraan Sepanyol (CEV) tahun seterusnya dan Kejuaraan Moto2 Dunia pada 2014. Memang hebat!
2. Azhar merupakan perlumba terpantas di MAEPS. Fuhlamak!
Md Azhar Abd Jalil buat kejutan apabila dia mencatatkan masa terpantas 47.998s dalam sesi ujian masa pada hari pertama Pusingan 5 Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS. Laju betul! Masa tercatat di saat akhir perlumbaan tau! Mengatasi pelumba pilihan iaitu Kasma Daniel. Fuhhh! Tahniah buat Azhar!! Memang terbaik laa.
3. Persaingan yang sengit – Md Izzat Zaidi sebagai pelumba terpantas Kelantan
Md Izzat Zaidi Salehan menjadi pelumba terpantas dengan catatan masa 53.171s di Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Laju betul! Bukan tu ja okay. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu juga telah mengatasi Ahmad Fazli Sham, pelumba dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
4. Bekas pelumba negara, Amirul Hafiq Azmi kini telah kembali ke litar
Bekas pelumba Moto3 negara, Amirul Hafiq Azmi telah kembali ke litar selepas tersenarai antara pelumba CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung pada 8 dan 9 September lalu di Kelantan.
Amirul juga mewakili pasukan Onexox TKKR Racing menggantikan Md Haiekal Akmal Zakaria. Amirul beraksi pada kali terakhir pada tahun 2011 dalam saingan Kejuaraan Cub Prix yang berlangsung di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia Negara. Memang hebat la Amirul ni!
5. Kemenangan sulung CP150 diraih oleh Afif. Dasyat!
Pelumba negara, Ahmad Afif Amran dah membanggakan kita semua apabila dia meraih kemenangan sulung sebagai juara bagi kategori CP150 pada pusing keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 di litar Stadium Mini Teluk Intan. Takda lagi pelumba Malaysia pernah menang kategori ni tau! Afif yang pertama.
Ahmad Afif menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 43.660s dan menewaskan pesaingnya, Ahmad Fazli Sham yang tamat di kedudukan kedua dengan 17’48.328s. Wah, hebat sangat ni!
Untuk maklumat lanjut tentang PETRONAS Cub Prix 2017 yang telah berlangsung pada 14 – 15 Oktober, korang boleh klik di link di bawah:
Facebook – PETRONAS Motorsports
Laman web rasmi Malaysia Cub Prix 2017
Kini #PengejarImpian bakal membakar lagi semangat pelumba Malaysia. Memang hebat!
Untuk pengetahuan korang, Pengejar Impian adalah satu kempen untuk membakar semangat inspirasi kepada kumpulan yang lebih besar dan menjadi salah satu platform inspirasi untuk ramai bakat generasi akan datang.
Kempen ini dijalankan untuk semua individu supaya lebih berusaha untuk maju dan memiliki impian untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Pengejar Impian menyediakan satu siri penceritaan tentang kisah-kisah pelumba negara, pemilik atau pengusaha dan ketua pasukan tentang perjalanan yang dilalui dalam dunia motosikal serta peranan dan sumbangan PETRONAS untuk merealisasikan impian masing-masing. #PengejarImpian #PETRONAS
Kerana impian anda, sumber inspirasi kami #PETRONAS #PengejarImpian
Korang boleh klik di link ini untuk tengok sendiri semua video #PengejarImpian
Jom ke perlumbaan MotoGP hujung minggu ini untuk support pelumba-pelumba Malaysia!
Seperti yang korang semua tahu, perlumbaan MotoGP bakal berlangsung tak lama lagi pada 27, 28 dan 29 Oktober 2017 di Sepang International Circuit. Siapa je tak nak tengok Valentino Rossi dan juga Marc Marquez berakasi kan? Tidak lupa juga pelumba-pelumba dari Malaysia yang bakal berentap dan mengharumkan nama Malaysia pada tahun ini.
Pelumba Moto2 (600cc) iaitu Hafizh Syahrin Abdullah bersama PETRONAS Raceline Malaysia dan juga Khairul Idham Pawi yang telah beralih ke Moto2 bersama Idemitsu Honda Team Asia. Manakala, Moto3 (250cc) iaitu Adam Norrodin daripada SIC Racing Team juga bakal beraksi di perlumbaan MotoGP 2017! Tak sabar bukan?! So, set kan date korang pada 27, 28 dan 29 Oktober (Jumaat hingga Ahad) dan kita jumpa di perlumbaan MotoGP, Sepang ye!