berita

5 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam

June 16th, 2015 | by Ash Nordin
MyResipi

6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam

Bulan puasa dah dekat! Jadi kami akan banyak kongsi lokasi-lokasi kedai makan yang mempunyai menu utama tersendiri, kalau sebelum ini kami ada share nasi kandar, nasi lemak dan kali ini khas bagi penggemar ayam penyet pula macam kami ni.

Lokasi utama kami di kawasan seksyen 7, Shah Alam. Haa, mesti ada yang dah familiar dengan restoran-restoran ni, tapi ada juga yang belum tahu lagi.

Dekat area ni memang banyak sangat restoran Ayam Penyet, tapi kami pilih antara yang terbaik sahaja. Lepas ni bolehlah ramai-ramai serbu restoran ni untuk dijadikan spot korang untuk berbuka puasa, atau pun sahur. Jom tengok!

1. Restoran Wong Solo

 

6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam2 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam3 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam4

Di sini ada menawarkan dua jenis lauk ayam, ada ayam bakar dan ada ayam penyet. Sedap woo! Kami suka lauk sambal dia, kalau ayam tu memang sah-sah lah sedap. Kalau kami suka letak kicap sikit, hehe!

Kat sini, korang boleh duduk atas kerusi, nak duduk bersila pun boleh. Best tau, memang naik mood kami bila menikmati Ayam Penyet ni. Jangan risau Wong Solo ada banyak cawangan di kawasan KL, kalau ada peluang boleh lah rasa sendiri. Mesti terangkat!

2.Ayam Bakar Mas Mono

6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam5 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam6 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam7

Kalau kami lebih gemar makan kat sini, ayamnya sangat sedap. Bagi kami kalau nak bandingkan dengan ayam bakar dekat Wong Solo, kami lebih suka yang Mas Mono punya.

Cuma kami pelik, orang tak berapa ramai sangat datang disini mungkin orang tak tahu sebab tempat dia agak tersembunyi sikit kot. Jadi, lepas ni korang bolehlah serbu kedai ni. Dah tahu kan?

3. Ayam Penyet AP

6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam8 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam9

Kami rasa korang dah tahu sangat tempat ni, sebab cawangannya dah begitu luas sampai luar KL. Harga murah, sambal sedap, saiz ayam besar dan banyak lagi. Rasanya kami tak perlu explain banyak sebab kami yakin korang sendiri pernah rasa.

4. Ayam Penyet Padang Jawa

6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam10 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam11 6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam12

Haa, yang ni lagi best! Keenakan ayamnya yang lain daripada restoran yang ada, selain ayam penyet menu istimewa disini ialah Pecal Lele, memang sedap!

Dan yang paling best sekali korang boleh tambah nasi berapa banyak yang korang nak. Korang pun patut rasa bakso dan soto dia. Fuh, memang terangkat! Tiba-tiba rasa lapar pula

5. Ayam Penyet Nusantara

6 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Sekitar Seksyen 7, Shah Alam13

Kelima-lima kedai yang kami pergi, Restoran Ayam Penyet Nusantara ini pun boleh tahan juga. Cuma sambalnya agak pedaslah.

Portion yang besar, ulaman yang segar dan harga yang murah, ini lagi satu tempat yang sesuai untuk kembalikan tenaga korang selepas seharian berpuasa.

Alahai jadi ngidam pula kami dibuatnya ,mesti korang pun tengah telan air liur tu kan? Sabar ya, kami pun tengah tahan ni. Kalau korang ada tempat makan ayam penyet yang lagi best, bolehlah share di ruangan komen kami ya? Bolehlah kami pergi nanti, Selamat berpuasa!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×