Tak dinafikan lagi makanan popular tempatan, nasi lemak merupakan makanan ‘trademark’ dan satu kemestian untuk orang Malaysia. Eleh, tipu lah kalau korang tak pernah makan nasi lemak langsung.. Tak orang Malaysia la macam tu.. hehe
Kami pun boleh katakan selalu tau pekena nasi lemak. Baru boleh focus buat kerja gituuu.. Jom kita usha kedai-kedai nasi lemak pilihan orang ramai di Lembah Klang. Korang kena try di setiap kedai di bawah ni!
1) Mali’s Corner
Bagi penduduk kat Kuala Lumpur tu mesti selalu datang kat Mali’s Corner ni untuk pelahap nasi lemak tengah malam. Iya lah kadang-kadang tu mengidam macam-macam kan? Orang kata sambal dengan ayam berempah yang buat nasi lemak kat sini special.
Alamat: Platinum Walk, Danau Kota (Jalan Taman Ibu Kota), 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
2) Restoran Warisan Sambal Opah
Kat sini nasi lemak diorang gunakan nasi lemak bungkus. Tapi korang jangan kecewa, walaupun nasi lemak bungkus, kedai di sini menyediakan macam-macam jenis lauk untuk makan dengan nasi lemak ni. Nampak macam simple kan? Tapi sedap tau!
Alamat: 2-56 Jalan USJ 9/5p, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
3) Nasi Lemak Bumbung
Sambal memainkan peranan yang penting kalau nak tau nasi lemak tu sedap ke tak. Ada yang suka pedas ada yang suka manis. Haaa kat sini sambal dia manis sikit dan ayam goreng bahagian luar crunchy tapi isinya lembut.
Alamat: Jalan 21/11B, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
4) Nasi Lemak Selera Jaya 223
Kalau ada nak cuba makan nasi lemak dengan cara lain dari yang lain, korang kena makan kat sini sebab kat sini sediakan nasi lemak berbungkus dan pilihan lauk seperti otak-otak atau sotong kangkung.
Alamat: Jalan 51a/223, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
5) Nasi Lemak Mak Wanjor
Gerai nasi lemak ni antara yang paling lama di kota Kuala Lumpur, sebab kalau korang nak tau kedai ni beroperasi dari tahun 80-an lagi. Haa legend kan?
Kat sini merupakan lokasi popular untuk makanan nasi lemak dan menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Orang kata harga pun not bad!
Alamat: Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Foto kredit: Foursquare