Siapa tak suka makan ayam golek woi! Dengan warnanya yang keemasan dan ditambah pula dengan perapan rempah ataupun madu, memang boleh buat kitorang telan air liur bulan puasa ni.
Nah, di sini kami senaraikan beberapa lokasi yang menyediakan menu ayam golek terbaik panas daripada pemanggang. Nyummeh!
1. Ayam Golek Lima Bintang
Kalau k0rang nak tahu, restauran yang menghidangakan ayam golek sebagai menu tarikan utama mereka ini telah beroperasi semenjak 20 tahun lepas.
So, kirannya ianya memang sudah terkenal di kalangan penggemar-penggemar ayam golek sekitar Kuala Lumpur ni.
Maklumat terbaru yang kami perolehi, Harga untuk set A yang mengandungi 2 mangkuk nasi, sayuran, sup tomyam, telur, seekor ayam golek berserta Air Bandung Sirap dan Kopi O hanya berharga RM 41.20. Erm.. rasanya kalau tiga orang makan pun cukup ni!
Lokasi : Jalan Besar,Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Wilayah Persekutuan, 59200 Kuala Lumpur
Hubungi : 013-6050339
2. Ayam Golek Istimewa Kampung Melayu Subang
Ha.. Kalau korang ada area bazar ramadhan Kampung Melayu Subang, korang boleh cuba resepi turun temurun milik Aida sekeluarga ni.
Gerai mereka ni punyalah famous sampai dah masuk Sinar Harian tahun lalu. Malah, harga yang dikenakan juga hanyalah RM 20 seekor. Agak murah kan?
Lokasi : Bazar Ramadhan Kampung Melayu Subang
3. Ayam Golek Bro Klang
Yang ni sebenarnya kami pun belum pernah test lagi. Tapi, setakat ni memang dapat respon yang positif daripada pengunjung.
Menurut blog ini, restoran Ayam Golek Bro ini beroperasi berhampiran traffic light Jalan Kapar ke Rantau Panjang dan ke Klang. Malah, kalau korang nak order catering pun boleh tau. Hurm.. sedapnya! Mesti kena cuba ni.
Lokasi: Rantau Panjang Klang
Hubungi : 0162804429
4. Ayam Golek Ameen Shah
Restoran ni sebenarnya paling dekat dengan rumah penulis dan baru sahaja melahap Ayam Golej Ameen Shah ni semalam. Kalau korang nak tahu, restoran ni agak baru juga dibuka.
Oh ya, nasi ayam kat sini juga sedap dan jadi favorite mak penulis. Huhu. Malah, anda juga boleh try tomyam mereka.
Harga pun masih boleh diterima lah. Erm, tapi penulis rasa restoran ni macam ada bau-bau bacang dengan Ayam Golek Lima Bintang tu. Lupa pula nak tanya tokey kedai semalam. Lols.
Lokasi : Pjs 1, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Hubungi : 0 14-839 2444
5. Ayam Golek Dara Nilai
Kali ni kita pergi jauh sikit iaitu di Nilai. Kami rasa orang-orang Nilai memang dah familiar habis dengan kedai ni kan?
Harga pula sangat berpatutan iaitu RM 18 seekor dan untuk set nasi pula RM 5.50. Berbaloi kan?
Lokasi: Tepi Jalan Labu, Batu 14, Nilai Negeri Sembilan
Hubungi : 0126739386