Memiliki rambut yang lembut dan terurus merupakan idaman setiap wanita. Setiap daripada kita juga memiliki jenis dan tekstur rambut yang berbeza tau. Ada yang memiliki rambut lurus, rambut beralun, rambut ikal mayang dan rambut kerinting.
Semua jenis rambut ini memerlukan penjagaan yang berbeza dan perlu dilakukan secara konsisten. Jika tak pelbagai masalah rambut akan menghantui korang. Ini antara struggles berkaitan rambut yang korang kena hadap.
1. “Kusam dan tak bermaya..”
Rambut kusam & tidak bermaya mempunyai banyak punca antaranya ialah penggunaan syampu secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan rambut menjadi kering dan memiliki tekstur yang kasar. Selain itu, penggunaan bahan kimia untuk rawatan rambut seperti ‘rebonding ‘ turut boleh menyebabkan masalah ini.
Maka, pastikan rambut korang dilindungi dan pilih bahan pelembap yang bersesuaian dan mengandungi vitamin yang diperlukan oleh rambut kita bagi mengelakkannya kelihatan kusam dan tidak bermaya.
2. Rambut & kulit kepala berminyak
Masalah rambut dan kulit kepala berminyak cukup merimaskan para wanita. Bukan apa, masalah rambut dan kulit kepala berminyak akan menyebabkan korang rasa tak selesa dan gatal. Rambut juga nampak leper dan kurang volume.
Penting untuk korang pilih produk penjagaan rambut yang betul kalau ada masalah ni. Kalau boleh pilih perapi rambut yang teksturnya ringan tapi dalam masa yang sama masih boleh bantu rambut untuk kelihatan lembut dan tak terlalu berminyak.
Jangan sesekali skip penggunaan perapi rambut sebaliknya, cari perapi rambut yang ringan teksturnya bagi membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut.
3. Rambut bercabang
Rambut bercabang ialah masalah rambut yang mungkin korang sering ambil mudah. Jangan ye sebab masalah rambut bercabang ni kalau sampai tahap kronik, rambut korang akan nampak kering, tak bermaya, kusam dan senang untuk putus.
Ada banyak punca masalah rambut bercadang terjadi antaranya rambut tak mendapat vitamin mencukupi, usia rambut yang telah tua, penggunaan kerap pengering rambut, cuaca dan banyak lagi.
So, wajib untuk korang bekalkan nutrisi yang mencukupi agar rambut korang sihat dan bermaya dengan penggunaan produk yang tepat.
4. Sikat asyik stuck dekat rambut je!
Haa, mesti ramai yang pernah alami situasi ni kan. Nak pula waktu korang tengah rushing nak pergi mana-mana, usihhh stress jadinya! Masalah rambut kusut dan tak terurus selalunya berpunca daripada frizzy hair dan rambut kering.
Frizzy hair akan buat rambut jadi kusut dan nampak tak kemas. Senang cerita rambut nampak kembanglah. Lebih teruk lagi apabila frizzy hair ni tangle, susah gila nak sikat. Tersekat sikat rambut tu dan korang perlu ambil masa yang lama untuk sikat rambut yang kusut tadi.
5. Bila korang kerap guna hair curler
Korang yang selalu menggunakan hair straightener dan hair curler sedar tak sebenarnya tak bagus untuk rambut kalau kerap guna. Ini akan merosakkan rambut dan ianya lebih serius berbanding rambut kusut tau!
Selain itu, proses melunturkan warna rambut juga antara punca mengapa rambut akan jadi rosak, kering dan crusty. Rambut yang rosak dan kering cenderung mengerbang macam rambut Hantu Kak Limah tau. Eeee.. takut!
Namun begitu, masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan produk penjagaan rambut yang betul dan wajib pakai perapi rambut tau.
Perapi rambut yang sesuai digunakan tak lain tak bukan Pantene No-Rinse Conditioner. Perapi rambut ini memang best sebab teksturnya lebih ringan dan sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Ini termasuklah rambut berminyak selain memiliki 2 kali lebih Pro-V. Menarik kan?
Cara nak gunakannya pun mudah!
Yang syoknya, Pantene No-Rinse Conditioner senang nak digunakan tau. Korang hanya picit sebesar kacang pis je untuk rambut yang sederhana panjang. Kemudian, oleskan pada seluruh rambut dan tadaaa!! Rambut korang akan terasa lembut dan lebih mudah digayakan.
Paling penting, korang dah bebas daripada masalah rambut bercabang, rambut kering, frizzy hair dan masalah rambut kusut. Awesome kan?
Kalau rambut korang berminyak pun still boleh guna kerana tekstur produk ni sangat ringan dan korang cuma perlu guna sedikit je. Teksturnya yang ringan takkan menyebabkan build-up produk berlebihan pada rambut. Sedikit sebanyak ini boleh mengurangkan terjadinya masalah kelemumur.
Ha.. tapi betul ke orang cakap bila pakai no-rinse conditioner rambut akan jadi lebih berminyak? Sebenarnya tak ye. No-rinse conditioner akan bantu untuk kawal masalah rambut daripada kelihatan kembang dan serabai. So, masalah rambut bercabang, rambut kusut juga dapat dielakkan.
Bahkan dengan penggunaan Pantene No-Rinse Conditioner, rambut korang akan mudah disikat. Tiada lagi masalah rambut kusut. Sebaliknya, rambut korang akan jadi lebih lembut dan bersinar bak sutera gitu.
Ini perkongsian pengguna Pantene No-Rinse Conditioner
Menurut Jessica, 27, yang juga seorang pekerja dalam sektor perbankan penting untuk dirinya tampil kemas tanpa rambut kusut, kering dan tidak terurus.
“Walaupun telah dibersihkan menggunakan syampu pada pagi hari namun, pada penghujung harinya, rambut saya sering kusut dan kering. Kini, rambut saya kekal terurus dan lembut sepanjang hari dengan bantuan Pantene No-Rinse Conditioner walaupun pun berdepan cuaca panas terik .”
Jadi, buat korang yang ada masalah rambut bercabang, rambut kusut, rambut kering dan rambut rosak bolehlah cuba Pantene No-Rinse Conditioner dan rasai sendiri kehebatannya.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang Pantene Malaysia.