Asam Pedas? Lemak Cili Api? Ulam? Tempoyak? Itu klise lah dan korang masih makan lagi sampai sekarang semua lauk tu. Cuma sekarang ni dah ramai mat salleh celup je yang kononnya tak makan. Padahal mat salleh betul pun bila datang sini bukan main suka lagi kita punya tempoyak. Hihi!
Tapi, itu bukan topik kami pada hari ini, berdasarkan tajuk yang kami tulis ini kami nak kongsikan sedikit 5 menu tradisional Melayu yang korang jarang sangat jumpa zaman sekarang ini. Pendek kata dah nak pupus lah. Kami sendiri ada yang belum pernah rasa lebih-lebih lagi menu last kat bawah ni, teringin!
1. Pulut Kukus Periuk Kera
Pulut kukus periuk kera ini adalah makanan masyarakat Orang Asli Semelai dan etnik di pendalaman Sarawak. Di Sarawak makanan ini dikenali sebagai Pokyok, ada juga dijadikan sebagai lemang periuk kera.
Hmm, mungkin masih ada lagi yang buat cuma dah tak banyak teringin sangat nak rasa. Pokok periuk kera ni pun rasanya susah nak jumpa sekarang.
2. Sup Gamat
Sup Gamat ini hanya boleh didapati di beberapa tempat sahaja khususnya di Kedah. Faktor makanan ini jarang ditemui sekarang kerana Gamat digunakan untuk tujuan komersial yang lain. Selain itu, generasi muda sekarang kurang meminati makanan ini.
Ada yang kata rasanya macam sotong, tapi tak tahulah sebab kami belum pernah rasa. Bagi pembaca kami yang tinggal di Kedah terutamanya mesti korang pernah rasa kan? Sedap tak?
3. Rendang Pucuk Ubi
Rendang Pucuk Ubi ini merupakan salah satu menu masakan dari Negeri Sembilan, berasaskan daun kayu dan ulaman pucuk ubi dimasak kering dan daun bertukar menjadi gelap sebelum dihidang. Mungkin ni Negeri Sembilan masih ada lagi menghidangkan menu ini cuma jarang ditemui di negeri lain.
Kalau ada pun Lemak Cili Api je yang selalu ada.
4. Kerabu Kaduk
Menu ini adalah makanan yang dibuat daripada pucuk kaduk, amat popular sebagai juadah berbuka puasa di kawasan perkampungan kecil Pantai Timur dan agak susah ditemui pada hari-hari biasa.
5. Ikan Bakar Tanah Liat
Haaa..ini epic! Kami teringin sangat-sangat nak rasa makanan ni, makanan ini praktikkan oleh penduduk Kampung Ujung Batu, Bintong, Perlis. Tanah yang digunakan untuk membalut ikan adalah tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga.
Ikan yang dibalut akan dibakar atas bawah sama macam kita nak buat kuih bahulu. Kalau nak tahu ikan tu dah masak ke belum, kena tunggu sampai tanah tu merekah, jadi baru lah boleh buka balik balutan tanah tu dan makan.
Zaman sekarang cuma balut dengan aluminium foil lepas tu bakar dalam oven je, serius teringin nak rasa macam mana dibalut dengan tanah.